1. LOKASI
Bahagian Perkhidmatan Akademik
Aras 4, Bangunan Menara
Universiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar
87000 Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon : 087-460431/413/414
Faks : 087-460432
2. PENGENALAN
Bahagian Perkhidmatan Akademik sebagai penggerak utama Universiti
bertanggungjawab mengurus pengambilan, kemasukan, pendaftaran,
peperiksaan, pengiktirafan, rekod dan pengijazahan pelajar
serta semua urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan
pembangunan program akademik Universiti.
3. OBJEKTIF
Memastikan urusan kemasukan, pendaftaran,
perjalanan kuliah, peperiksaan, pengiktirafan dan pengijazahan
pelajar diurus dengan berkesan berpandukan kepada standard-standard
yang ditetapkan seiring dengan matlamat dan objektif Universiti.
4. FUNGSI
Pada amnya melaksanakan aktiviti yang ditetapkan
seperti berikut:
4.1 Pentadbiran dan Kemasukan Pelajar
4..1.1 Merancang, menyelaras dan memantau
pentadbiran seharian pejabat dari aspek kakitangan, kemudahan
serta
menyelaras
tempahan dewan/bilik kuliah.
4.1.2 Menyediakan unjuran dan melaksanakan
aktiviti pengambilan pelajar bersama Bahagian Perkhidmatan
Akademik
Kampus induk.
4.2 Pendaftaran dan Rekod Pelajar
4.2.1 Melaksanakan pendaftaran Universiti
dan pendaftaran kursus.
4.2.2 Memproses permohonan pertukaran sekolah
/ program, pengecualian/ perpindahan jam kredit, tangguh
pengajian,
tarik diri pengajian (berhenti pengajian),tambah gugur kursus
dan tarik diri kursus.
4.2.3 Menyimpan dan mengemaskini rekod
pelajar.
4.2.4 Menyediakan jadual kuliah.
4.3 Peperiksaan & Pengijazahan
4.3.1 Menyelaras penyediaan kertas soalan
peperiksaan.
4.3.2 Menyediakan jadual peperiksaan.
4.3.3 Mengeluarkan slip peperiksaan
4.3.4 Memantau perjalanan peperiksaan formal,
informal, gantian dan ulangan khas.
4.3.5 Mengurus dan menyelaras tindakan
tatatertib pelajar (Kecurangan Akademik).
4.3.6 Memproses rayuan meneruskan pengajian
(gagal dan diberhentikan) dan memproses semakan semula
keputusan
peperiksaan.
4.3.7 Menyelaras senarai pelajar layak
bergraduat bagi Kampus Antarabangsa Labuan untuk tindakan
Bahagian Perkhidmatan
Akademik Kampus induk. |