Bahagian Pentadbiran
  Bahagian Perkhidmatan Akademik
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Bahagian Perkhidmatan Komputer & Instrumentasi
Bahagian Kewangan
Perkhidmatan
Carta Organisasi
Direktori Staf
Bahagian Pembangunan & Penyelengaraan
Perpustakaan
Bahagian KoKurikulum & Sukan
Bahagian Keselamatan
Bahagian Kewangan > Perkhidmatan > Carta Organisasi > Direktori Staf

.: PENGENALAN

Jabatan Bendahari bertindak sebagai jabatan yang menyelaras bantuan kewangan pelajar dan juga urusan pembayaran yuran pengajian pelajar.

.: LOKASI

Bahagian Kewangan,
Aras 4, Bangunan Menara,
Universiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar
87000 Wilayah Persekutuan Labuan

No Tel :- 087-460472, 460470, 460497, 460434

No Faks :- 087-465152


.: PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


.:: Kewangan pelajar

Pelajar yang memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai pengajian mereka di Universiti ini hendaklah memohon biasiswa atau pinjaman. Permohonan untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman adalah satu usaha yang berasingan dari permohonan untuk masuk ke Universiti. Pelajar boleh memohon biasiswa dari kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan swasta yang ada menyediakan biasiswa untuk kursus ijazah di universiti tersebut boleh didapati dari pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan.



Bayaran Yuran

1. Bayaran hendaklah dijelaskan sebelum atau pada tarikh mendaftar, melalui mana-mana cawangan Bank Bumiputra Commerce Berhad di tempat masing-masing.

2. Untuk membayarnya, calon hendaklah menggunakan slip Bank Bumiputra Commerce Berhad yang disertakan. Jangan gunakan slip bank yang lain selain dari yang telah diberikan.

3. Yuran yang perlu dibayar adalah mengikut jumlah yang tercatat pada lampiran yuran pengajian mengikut program yang ditawarkan.

4. Apabila bayaran dibuat, catatkan tarih dan tandatangan slip bank. Selepas pihak bank memperakukan penerimaan wang tunai masuk sebagai bayaran yang dibuat, dapatkan kembali salinan kedua slip bank sebagai bukti bayaran kepad pihak UMS.

5. Kegagalan mengemukakan salinan kedua slip bank akan menyebabkan pendaftaran tidak boleh dibuat.

6. Jenis bayaran/yuran dikenakan adalah seperti berikut;

.:: Bayaran/yuran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian

Wang Hemat Diri (RM80.00)

Wang yang dibayar sebagai deposit ketika menerima tawaran masuk ke Universiti. Wang ini akan menjadi yuran keahlian ALUMNI UMS apabila seseorang pelajar tamat pengajian atau pelajar berhenti menjadi pelajar.

.: Yuran Pendaftaran Universiti (RM300.00).

Yuran ini merangkumi:

1) Minggu Suaikenal - 220.00
2) Kad Pelajar/Perpustakaan - 15.00
3) Buku Prospektus - 25.00
4) Buku Struktur Pengajian - 40.00

.: Bayaran Cagaran Makmal Sains (RM75.00)/komputer dan bahasa (RM50.00)

Wang yang dibayar oleh pelajar yang menggunakan makmal sains (RM75.00) atau/dan makmal komputer dan bahasa (RM50.00). Wang ini dikembalikan apabila pelajar tamat pengajian atau tertakluk kepada tuntutan dari pihak universiti di atas kerosakan yang disebabkan oleh pelajar itu sendiri sekiranya ada.

Bayaran Cagaran Bilik Penginapan (RM50.00)

Dibayar sekali sahaja semasa menerima tawaran tempat tinggal.

Bayaran Setiap Tahun/Permulaan Sesi

Insuran Kemalangan Diri Berkelompok Pelajar - 13.00

.: Bayaran Yuran Setiap Semester

- Yuran Pengajian (jumlah bayaran bergantung kepada program)
- Bayaran Mikroskop – Bayaran yang dikenakan untuk semua pelajar yang menggunakan mikroskop Universiti dalam program pengajian.
- Bayaran Komputer
- Penginapan
- Khidmat Kesihatan
- Perkhidmatan, Kebajikan Pelajar dll


.: Panduan Membayar Yuran

1. Yuran Pengajian ini dibahagikan kepada tiga (3) komponen yang utama, iaitu (1) Bayaran Sekali Sepanjang Tempoh Pengajian, (II) Bayaran Setiap Semester dan (III) Bayaran Setiap Permulaan Sesi.

2. Contohnya pelajar baru Program Perniagaan (Kewangan & Perbankan) yang akan mendaftar pada Semester 1 Sesi 2005/2006, pelajar perlu membayar kesemua komponen (I + II + III) dan melihat lajur (b) untuk tujuan penjumlahan, iaitu, RM1,751.00. Walau bagaimanapun, apabila pelajar mendaftar bagi Semester 2 Sesi 2005/2006, pelajar hanya perlu membayar komponen II iaitu RM1,234.000 sahaja. Seterusnya, apabila pelajar mendaftar pada tahun atau sesi seterusnya katakan Semester I Sesi 2006/2007, pelajar akan membayar komponen (II + III) iaitu RM1,261.00 dan pada sesi itu anda berada di Tahun 2. Komponen (I) hanya akan dibayar sekali sahaja dalam tempoh pengajian dan sebahagian daripadanya merupakan wang cagaran yang boleh dituntut semula selepas tamat pengajian nanti iaitu Wang Hemat Diri, Cagaran Makmal dan Cagaran Bilik.


3. Bayaran perlu dibuat sebelum pelajar mendaftar, di mana-mana cawangan Bank Bumiputra Commmerce dengan menggunakan slip bank seperti yang kami sertakan. Walaubagaimanapun, sekiranya tiada cawangan BBCB di tempat anda, pelajar dinasihatkan bagi tujuan keselamatan menggunakan Wang Pos atau Postal Order dan ditulis pada ruangan penerima : Bendahari, Universiti Malaysia Sabah. Wang Pos atau Postal Order ini kemudiannya diserahkan semasa pendaftaran kelak.

4. Sila bawa bersama salinan slip dan tunjukkan kepada kaunter Bendahari semasa Pendaftaran kelak sebagai bukti bahawa anda telah menjelaskan yuran perlu bayar.

Nota Tambahan: Tanda (*) bermaksud jika pelajar mendaftar pada ‘Semester Pilihan atau Semester 3’ atau dikenali juga sebagai ‘Semester Pendek’ (7 minggu) pelajar hanya perlu membayar RM225.00 (tidak termasuk yuran penginapan). Semester pendek ini biasanya ditawarkan semasa cuti akhir sesi dan tidak diwajibkan pelajar mengambilnya. Kebanyakan pelajar yang mendaftar pada semester ini adalah pelajar yang mengambil kursus-kursus ulangan.

 

Best Viewed with 1024 x 768 window resolution
UMSKAL © 2007 All Copyright Reserved (UMS)
Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, Jalan Sungai Pagar, 87000 W.P Labuam, Malaysia
Telephone: (+6087) 460465 atau 460473, Fax : (+6087) 465248
Enquiry: crd@ums.edu.my, Web Admin: webadmin@ums.edu.my