.:: PENGURUSAN HARTA
.: PANDUAN KOD PENDAFTARAN INVENTORI DAN ASET BAGI SETIAP
UNIT/SEKOLAH
.: TUJUAN
Dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991 menyatakan
bahawa setiap pembelian aset/harta modal mestilah direkodkan
ke dalam borang-borang yang telah ditetapkan. Antara lain
tujuannya adalah untuk memastikan rekod inventori dan aset
di setiap unit dan sekolah akan sentiasa dikemaskini dan
diselenggarakan oleh kakitangan-kakitangan yang dibenarkan
sahaja.
.: OBJEKTIF PENGURUSAN INVENTORI DAN ASET
1) Memastikan stor diuruskan mengikut peraturan-peraturan
dan aspek-aspek pengurusan inventori dan aset yang ditetapkan.
2) Memastikan bahawa stor diuruskan dengan berkesan sebagai
satu bahagian yang memberikan khidmat sokongan.
3) Mengenalpasti kelemahan-kelemahan dan masalah-masalah
yang dihadapi untuk pengurusan inventori dan aset berfungsi
secara berkesan.
.:: PERAKAUNAN
Bertanggungjawab menentukan pengurusan perakaunan yang bertujuan
mengumpul dan menyampaikan maklumat kewangan dengan perekodan
dan pengkelasan urusniaga kewangan dalam bentuk tertentu.
Terbahagi kepada 3 bahagian perakaunan iaitu:
1) Perakaunan kumpulan wang
2) Perakaunan terimaan wang
3) Perakaunan perbelanjaan dan pembayaran
.:: PENGURUSANA PEROLEHAN
Terdiri daripada 3 bahagian iaitu:
1) Pembelian
2) Tender
3) Kontrak
Objektif
Bertanggungjawab menentukan pembelian barang-barang, perkhidmatan
dan kerja adalah bertepatan dengan keperluan spesifikasi
yang telah ditentukan dan dibuat mengikut peruntukan yang
telah diluluskan bagi jabatannya.
.:: KEWANGAN PELAJAR
Pelajar yang memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai
pengajian mereka di Universiti ini hendaklah memohon biasiswa
atau pinjaman. Permohonan untuk mendapatkan biasiswa atau
pinjaman adalah satu usaha yang berasingan dari permohonan
untuk masuk ke Universiti. Pelajar boleh memohon biasiswa
dari kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, badan-badan
berkanun dan swasta yang ada menyediakan biasiswa untuk
kursus ijazah di universiti tersebut boleh didapati dari
pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan.
.: Bayaran Yuran
1. Bayaran hendaklah dijelaskan sebelum
atau pada tarikh mendaftar, melalui mana-mana cawangan Bank
Bumiputra Commerce Berhad di tempat masing-masing.
2. Untuk membayarnya, calon hendaklah menggunakan
slip Bank Bumiputra Commerce Berhad yang disertakan. Jangan
gunakan slip bank yang lain selain dari yang telah diberikan.
3. Yuran yang perlu dibayar adalah mengikut
jumlah yang tercatat pada lampiran yuran pengajian mengikut
program yang ditawarkan.
4. Apabila bayaran dibuat, catatkan tarih
dan tandatangan slip bank. Selepas pihak bank memperakukan
penerimaan wang tunai masuk sebagai bayaran yang dibuat,
dapatkan kembali salinan kedua slip bank sebagai bukti bayaran
kepad pihak UMS.
5. Kegagalan mengemukakan salinan kedua
slip bank akan menyebabkan pendaftaran tidak boleh dibuat.
6. Jenis bayaran/yuran dikenakan adalah
seperti berikut;
1) Bayaran/yuran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian
2) Wang Hemat Diri (RM80.00)
Wang yang dibayar sebagai deposit ketika
menerima tawaran masuk ke Universiti. Wang ini akan menjadi
yuran keahlian ALUMNI UMS apabila seseorang pelajar tamat
pengajian atau pelajar berhenti menjadi pelajar.
Yuran Pendaftaran Universiti (RM300.00)
Yuran ini merangkumi:
Minggu Suaikenal - 220.00
Kad Pelajar/Perpustakaan - 15.00
Buku Prospektus - 25.00
Buku Struktur Pengajian - 40.00
Bayaran Cagaran Makmal Sains (RM75.00)/komputer
dan bahasa (RM50.00)
Wang yang dibayar oleh pelajar yang menggunakan
makmal sains (RM75.00) atau/dan makmal komputer dan bahasa
(RM50.00). Wang ini dikembalikan apabila pelajar tamat pengajian
atau tertakluk kepada tuntutan dari pihak universiti di
atas kerosakan yang disebabkan oleh pelajar itu sendiri
sekiranya ada.
Bayaran Cagaran Bilik Penginapan (RM50.00)
Dibayar sekali sahaja semasa menerima tawaran
tempat tinggal.
Bayaran Setiap Tahun/Permulaan Sesi
Insuran Kemalangan Diri Berkelompok Pelajar
- 13.00
.: Bayaran Yuran Setiap Semester
1) Yuran Pengajian (jumlah bayaran bergantung
kepada program)
2) Bayaran Mikroskop – Bayaran yang dikenakan untuk
semua pelajar yang menggunakan mikroskop Universiti dalam
program pengajian.
3) Bayaran Komputer
4) Penginapan
5) Khidmat Kesihatan
6) Perkhidmatan, Kebajikan Pelajar dll
.: Panduan Membayar Yuran
1. Yuran Pengajian ini dibahagikan kepada
tiga (3) komponen yang utama, iaitu (1) Bayaran Sekali Sepanjang
Tempoh Pengajian, (II) Bayaran Setiap Semester dan (III)
Bayaran Setiap Permulaan Sesi.
2. Contohnya pelajar baru Program Perniagaan
(Kewangan & Perbankan) yang akan mendaftar pada Semester
1 Sesi 2005/2006, pelajar perlu membayar kesemua komponen
(I + II + III) dan melihat lajur (b) untuk tujuan penjumlahan,
iaitu, RM1,751.00. Walau bagaimanapun, apabila pelajar mendaftar
bagi Semester 2 Sesi 2005/2006, pelajar hanya perlu membayar
komponen II iaitu RM1,234.000 sahaja. Seterusnya, apabila
pelajar mendaftar pada tahun atau sesi seterusnya katakan
Semester I Sesi 2006/2007, pelajar akan membayar komponen
(II + III) iaitu RM1,261.00 dan pada sesi itu anda berada
di Tahun 2. Komponen (I) hanya akan dibayar sekali sahaja
dalam tempoh pengajian dan sebahagian daripadanya merupakan
wang cagaran yang boleh dituntut semula selepas tamat pengajian
nanti iaitu Wang Hemat Diri, Cagaran Makmal dan Cagaran
Bilik.
3. Bayaran perlu dibuat sebelum pelajar mendaftar, di mana-mana
cawangan Bank Bumiputra Commmerce dengan menggunakan slip
bank seperti yang kami sertakan. Walaubagaimanapun, sekiranya
tiada cawangan BBCB di tempat anda, pelajar dinasihatkan
bagi tujuan keselamatan menggunakan Wang Pos atau Postal
Order dan ditulis pada ruangan penerima : Bendahari, Universiti
Malaysia Sabah. Wang Pos atau Postal Order ini kemudiannya
diserahkan semasa pendaftaran kelak.
4. Sila bawa bersama salinan slip dan tunjukkan
kepada kaunter Bendahari semasa Pendaftaran kelak sebagai
bukti bahawa anda telah menjelaskan yuran perlu bayar.
Nota Tambahan: Tanda (*) bermaksud jika
pelajar mendaftar pada ‘Semester Pilihan atau Semester
3’ atau dikenali juga sebagai ‘Semester Pendek’
(7 minggu) pelajar hanya perlu membayar RM225.00 (tidak
termasuk yuran penginapan). Semester pendek ini biasanya
ditawarkan semasa cuti akhir sesi dan tidak diwajibkan pelajar
mengambilnya. Kebanyakan pelajar yang mendaftar pada semester
ini adalah pelajar yang mengambil kursus-kursus ulangan. |