1.0
PENGENALAN
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
(HEP) bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, dan mengawalselia
program pembangunan sahsiah pelajar. Badan ini turut berfungsi
sebagai pusat khidmat maklumat dan bimbingan serta memberikan
perkhidmatan kepada pelajar dalam perkara-perkara yang berkaitan
dengan kebajikan, perumahan pelajar, kesihatan, kaunseling,
kerjaya,kegiatan persatuan biasiswa, dan bantuan kewangan
pelajar.
Perkhidmatan yang diberikan
adalah bermatlamat mewujudkan suasana kehidupan harmonis
dan terbela dalam kalangan pelajar dengan mengamalkan budaya
hidup kampus yang berkualiti.
Dalam usaha mencapai matlamat
ini, Jabatan Hal Ehwal Pelajar beroperasi melalui bahagian
dan pusat seperti berikut:
- Unit Ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar
- Bahagian Pentadbiran dan Tatatertib Pelajar
- Bahagian Pembangunan Sahsiah & Perhubungan Pelajar
- Bahagian Pengurusan Kolej & Perkhidmatan Pelajar
- Bahagian Kewangan, Kebajikan, & Kesihatan Pelajar
- Bahagian Ekstra Kukrikulum
2.0 OBJEKTIF
Mengurus, mengatur, dan mengawalselia
semua kegiatan yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah
pelajar serta kebajikan pelajar bagi mewujudkan keselesaan
dalam proses pembelajaran dan suasana kehidupan kampus yang
berkualiti. Di samping memastikan kegiatan pelajar digiatkan
kearah melahirkan graduan yang seimbang dari segi intelik,emosi,jasmani
dan bersahsiah tinggi.
2.1 BAHAGIAN PENTADBIRAN
DAN TATATERTIB PELAJAR
Bahagian ini merupakan nadi
utama untuk urusan pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Pelajar
keseluruhannya. Bahagian ini berperanan dan bertanggungjawab
dalam aspek pentadbiran dan pengurusan pejabat secara
keseluruhannya informasi dan rekod serta tatatertib pelajar.
Fungsi
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
adalah berperanan sebagai pengatur rancangan dan melaksanakan
sistem pentadbiran jabatan dan kewangan dalam perkara-perkara
berikut:
- Sistem fail dan rekod jabatan
- Pekeliling-pekeliling dan surat arahan
- Kebajikan dan hal ehwal kakitangan
- Setiausaha masyarakat jabatan
- Pengurusan kewangan jabatan
Meneliti dan menyemak serta
mengambil tindakan terhadap semua urusan penyediaan kertas
kerja,laporan berkaitan pelajar untuk mesyuarat Eksekutif
Universiti, Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, Mesyuarat
Pengurusan,Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Bersama
Jabatan dan lain-lain mesyuarat yang berkaitan di dalam
Universiti.
Menyelaras dan mengumpul
semua maklumat dan urusan berkaitan Hal Ehwal Pelajar
Universiti dengan pihak Kementerian-kementerian, jabatan-jabatan
Kerajaan, badan berkanun dan swasta serta pihak luar.
2.1.2 UNIT TATATERTIB
Unit ini bertanggungjawab dalam pengurusan tatatertib
dan disiplin pelajar.
Fungsi
Bertanggungjawab kepada Timbalan
Naib Censelor (HEP) dalam mengatur rancangan dan menguruskan
semua uruusan yang melibatkan Pengurusan Tatatertib Pelajar.
- Setiausaha kepada pihak berkuasa tatatertib pelajar
- Menerima aduan kes pelajar
- Mengkaji aduan kes pelajar
- Menentukan dan mengatur perbicaraan tatatertib
- Menyediakan lampiran perbicaraan yang lengkap kepada
Universiti dan Menteri Pendidikan
2.2 MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR
Majlis Perwakilan Pelajar(MPP)
merupakan badan induk Universiti kepada Persatuan Mahasisiwa
Universiti Malaysia Sabah (PMUMS) yang mewakili seluruh
pelajar berdaftar Universiti. Penubuhannya adalah mengikut
Syeksen 52, Perlembagaan Universiti Sabah melalui proses
pilihanraya setiap tahun dimana calon pelajar dan setiap
sekolah di dalam Universiti ini akan bertanding untuk menduduki
kerusi yang diperuntukan di dalam satu Pilihanraya MPP yang
sama seperti Pilihanraya Umum. Semua pelajar berdaftar yang
sedang mengikut kursus peringkat ijazah secara automatik
menjadi ahli MPP dan layak mengundi untuk memilih wakil-wakil
daripada sekolah untuk mewakili mereka di dalam MPP.
Terdapat banyak kegiatan yang
dikendalikan oleh MPP sama ada berbentuk bukan akademik
yang berkaitan dengan kebajikan dan aspirasi kemahasiswaan
dengan membentuk jawatankuasa as-hoc dikalangan pelajar
yang berminat secara lantikan atau memohon melalui Exco
MPP. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah seminar, khidmat
masyarakat, bengkel dan sebagainya. Pelajar adalah digalakan
mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh MPP
dan penglibatan dalam aktiviti ini akan dapat memberikan
peluang kepada pelajar tersebut berkenalan dan mewujudkan
tali silaturrahim dan kerjasama bukan sahaja sesama pelajar
di sekolah tetapi juga dengan pelajar dan lain-lain sekolah
yang terdapat di universiti ini.
3.0 KOLEJ KEDIAMAN
|