.: SEJARAH PENUBUHAN UMSKAL
Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)
telah mula beroperasi pada bulan Mei 1999 dengan pengambilan
pelajar kumpulan pertama seramai 356 orang. Bertempat
di Kiansam iaitu di Selatan W.P Labuan kira-kira 16 KM
dari Pusat bandar dan mempunyai keluasan 22.2 Hektar.
Penubuhannya adalah selaras dengan wawasan negara untuk
menjadikan malaysia sebagai sebuah pusat pegajian antarabangsa
di rantau ini dengan penekanan ke arah pembangunan Wilayah
Persekutuan Labuan sebagai pusat perniagaan dan kewangan
luar persisir antarabangsa. UMSKAL menawarkan 2 sekolah
iaitu Sekolah Perniagaan Kewangan Antarabangsa Labuan(SPKAL)
Dan Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL). SPKAL menawarkan
5 program Sarjanamuda dalam bidang-bidang Perniagaan Antarabangsa,
Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir, Pemasaran Antarabangsa,
Ekonomi Kewangan Antarabangsa dan Kewangan Islam. Manakala
SSIL menawarkan Program Multimedia dan E-dagang. Adalah
dijangkakan dalam masa 10 tahun, 20 – 30% pelajar-pelajar
akan terdiri daripada pelajar-pelajar dari luar negara.
Halatuju program-program akademik UMSKAL ialah untuk mewujudkan
sebuah institusi pengajian tinggi yang bersifat global.
UMSKAL bertekad untuk melahirkan tenaga pakar terlatih
dalam bidang pengurusan perniagaan antarabangsa. Fokus
pengajaran dan pembelajaran di UMSKAL ialah pengurusan
perniagaan global yang berteraskan kepada teknologi multimedia.