.: LOKASI
Bahagian Keselamatan
Universiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar
87000 Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon : 087-460403
No. Faks : 087-465248
.: FUNGSI
Bahagian kaeselamatan kampus berfungsi
sebagai satu unit yang mengawal hal-hal keselamatan kampus.
Ianya merangkumi keselamatan kampus berserta kakitangan
dan pelajar-pelajar yang berjumlah kesemuanya kira-kira
1500 orang.Dengan kakitangan berjumlah 19 orang termasuk
pegawai unit ini memantau kesemua hal-hal keselamatan samada
keselamatan fizikal kampus dan kesemua kegiatan yang berlaku
termasuklah kegiatan-kegiatan para pelajar atau pun kegiatan-kegiatan
yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar samada agensi kerajaan
ataupun agensi kerajaan.
Unit ini juga berfungsi membantu para pelajar
dalam pengajian mereka dari sudut menyediakan kemudahan-kemudahan
yang bersesuaian dengan peranan unit.
Selain mengawal keselamatan kampus unit ini juga bertindak
sebagai penguatkuasa peraturan-peraturan kampus dan juga
segala peraturan-peraturan yang berkaitan. Bagi pelawat-pelawat
yang datang mengunjungi universiti, unit ini boleh berperanan
sebagai pembantu atau pemandu pelancong kepada mereka. Sebarang
masalah yang berbangkit boleh dirujuk kepada yang bertugas
ketika itu. |