Bahagian Pentadbiran
Bahagian Perkhidmatan Akademik
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Bahagian Perkhidmatan Komputer & Instrumentasi
Bahagian Kewangan
Bahagian Pembangunan & Penyelengaraan
Perpustakaan
Kemudahan/Perkhidmatan
Carta Organisasi
Direktori Staf
Bahagian KoKurikulum & Sukan
Bahagian Keselamatan
Perpustakaan > Kemudahan/Perkhidmatan > Carta Organisasi > Direktori Staf

1. PERKHIDMATAN

a) Sirkulasi (Pinjaman & Pemulangan)
b) Pinjaman Antara Perpustakaan
c) Internet
d) Penggunaan Perpustakaan Luar
e) Taklimat & Induksi
f) Peti Cadangan & Aduan
g) Reprografi


2 . KEMUDAHAN

a) Bilik Tayangan
b) Bilik Perbincangan
c) Bilik Rujukan


3. KOLEKSI

a) Koleksi Am
b) Koleksi Rujukan
c) Koleksi Tanda Merah
d) Koleksi Terbitan Bersiri
e) Koleksi Multimedia
f) Koleksi Penyelidikan


.:: SIRKULASI (PINJAMAN & PEMULANGAN)                                                                                                                

.: PERKHIDMATAN PINJAMAN BAHAN

Hanya ahli berdaftar sahaja yang diberikan Kemudahan Pinjaman. Pengguna hendaklah menunjukkan Kad Pelajar / Pekerja / Ahli Luar yang berbarkod ketika membuat pinjaman. Pinjaman bahan boleh dilakukan di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan.

Peraturan meminjam bahan adalah seperti berikut;

1) Mesti berdaftar sebagai Ahli Perpustakaan.

2) Mesti menunjukkan Kad Pelajar / Pekerja / Ahli Luar yang berbarkod setiap kali membuat pinjaman.

3) Dilarang membuat pinjaman bagi pihak pengguna lain.

4) Pembaharuan pinjaman boleh dilakukan di Kaunter Perkhidmatan sekiranya bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain.

5) Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam.

6) Bahan yang dipinjam mesti dikembalikan mengikut tarikh pemulangan yang ditetapkan.

7) Peminjam bertanggungjawab memastikan setiap bahan yang dipinjam direkod dengan betul.

8) Denda akan dikenakan jika peminjam menghilangkan, merosakkan atau lewat pemulangkan bahan yang dipinjam.

9) Bahan yang hilang / rosak mestilah dilaporkan segera di kaunter berkenaan. Peminjam diberi tempoh 2 minggu untuk mencari / menggantikan bahan yang hilang / rosak.

10) Bahan perpustakaan yang dibawa keluar mestilah melalui pinjaman secara sah.

.: KELAYAKAN PINJAMAN

KATEGORI AHLI         BUKU AM                TERBITAN BERSIRI         *BAHAN MULTIMEDIA     TANDA MERAH

KAKITANGAN
AKADEMIK                  90 hari(25 naskah)   3 hari(2 naskah)               3 hari(2 buah)                  7 hari(2 naskah)
KAKITANGAN AM      30 hari (5 naskah)     Tidak dibenarkan  
                                                                      meminjam                         3 hari(1 buah)                  2 hari (1 naskah)
PASCA
SISWAZAH                 30 hari(15 naskah)  Tidak dibenarkan
                                                                    meminjam                           3 hari(1 buah)                 2 hari(1 naskah)
PELAJAR
PRA-SISWAZAH         14 hari(5 naskah)    Tidak dibenarkan                                                       2 jam / bermalam
                                                                     meminjam                          3 hari(1 buah)                 (1 naskah)

AHLI LUAR                  30 hari                       Tidak dibenarkan
                                   (mengikut kelayakan) meminjam                         2 buah (2 hari)                 2 jam

*Hanya bahan yang mempunyai duplikat sahaja yang dibenarkan untuk pinjaman keluar


.: PERKHIDMATAN PEMULANGAN BAHAN

Bahan yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang ditetapkan. Denda akan dikenakan kepada pengguna yang lewat memulangkan bahan.

Notis peringatan pertama cetakan komputer akan dihantar kepada pengguna. Notis peringatan kedua akan menyusul selepas 14 hari dari tarikh notis pertama dikeluarkan. Notis perirngan terakhir (ketiga) iaitu notice of outstanding fines akan dikeluarkan selepas 14 hari dari tarikh notis kedua dikeluarkandi mana notis ini akan mencatatkan jumlah denda yang belum dijelaskan oleh peminjam.

Denda lewat pemulangan bahan yang hilang juga akan dikenakan dan akan dikira dari tarikh bahan itu sepatutnya dipulangkan sehingga bahan tersebut dilaporkan hilang oleh peminjam.

.: PERKHIDMATAN PETI PEMULANGAN BUKU (BOOK DROP SERVICE)

Perpustakaan telah memperkenalkan Perkhidmatan Peti Pemulangan Buku (Book Drop Service) bagi memudahkan pengguna memulangkan bahan semasa Perpustakaan ditutup. Peti ini ditempatkan di luar pintu masuk Perpustakaan.

Hanya BUKU sahaja yang boleh dipulangkan dengan perkhidmatan ini. Bahan multimedia mesti dipulangkan di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan. Sekiranya bahan yang dipulangkan melalui perkhidmatan ini mempunyai denda, pengguna hendaklah menjelaskan denda tersebut di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan pada masa pejabat.

.: DENDA

Denda Lewat Pemulangan


BUKU AM                          lewat 1 hari         - RM 0.10
                                          lewat 4 minggu    - harga buku + RM 50.00


BAHAN MULTIMEDIA        lewat 1 hari           - RM 0.50
                                         lewat 4 minggu      -harga buku + RM 50.00


BUKU TANDA MERAH      lewat 1 jam            - RM 0.50
                                         lewat 2 minggu       - harga buku + RM 50.00

Lewat seterusnya akan dianggap peminjam telah menghilangkan bahan


1) Denda menghilangkan, megoyakkan dan merosakkan bahan;

Peminjam dikehendaki menggantikan dengan bahan yang sama beserta wang proses / denda sebanyak RM 50.00 atau membayar TIGA KALI GANDA harga semasa bahan tersebut.

2) Peminjam yang terus tidak memulangkan bahan yang dipinjam akan dikenakan tindakan seperti pemotongan biasiswa dan tidak dibenarkan menggunakan lain-lain kemudahan Perpustakaan. Wang hemat diri juga tidak akan dikembalikan. Jika masih ingkar, Perpustakaan akan mencadangkan agar ijazah tidak dikurniakan dan keputusan peperiksaan digantung.

3) Kakitangan Universiti yang menghilangkan, megoyakkan atau merosakkan bahan pinjaman akan diberi pilihan sama ada menjelaskan harga bahan berkenaan secara tunai ataupun secara potongan gaji oleh Bendahari Universiti.

.: PERKHIDMATAN TEMPAHAN BAHAN

1) Boleh dibuat di Kaunter Perkhidmatan dengan mengisi borang yang disediakan.

2) Dihadkan pada bahan yang berada di dalam pinjaman peminjam sahaja.

3) Dihadkan pada sekali tempahan sahaja bagi satu bahan untuk memberi peluang kepada pengguna lain merujuk bahan tersbut.

4) Bahan tempahan hanya disimpan selama 1 minggu sahaja. Selepas itu, bahan tersebut akan disusun semula di rak terbuka.  

.: PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN PINJAMAN

1) Boleh dibuat di Kaunter Perkhidmatan dengan syarat bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain.

2) Pembaharuan boleh dibuat melalui telefon : 087 - 460505 / faks : 087 - 465157 dengan memberi nama penuh dan ID bahan yang tercatat pada slip pemulangan atau pada bahan. Walaubagaimanapun, pembaharuan cara ini HANYA dibenarkan kepada Kakitangan Akademik dan Pelajar Pasca-Siswazah yang berada jauh dari kampus.            [ atas ]

 


Merupakan perkhidmatan untuk mendapatkan bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan dari perpustakaan lain. Bayaran salinan foto atau perkhidmatan penghantaran segera seperti Faks, Pos Laju atau Courier Service akan dikenakan kepada pemohon (ahli) apabila bahan diterima.

Pengguna yang ingin mendapatakn perkhidmatan ini mesti melengkapkan Borang Tempahan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Pengguna.

.: PERINGATAN

Permohonan PAP hendaklah dibuat SEBULAN sebelum bahan diperlukan.

Hanya permohonan bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan UMS sahaja yang akan diproses.

Had permohonan;



Perpustakaan yang menggunakan perkhidmatan ini akan dikenakan bayaran perkhidmatan dan pos selain dari kos salinan foto yang dipersetujui oleh ahli Persidangan Perpustakaan Universiti dan Perpustakaan Negara (PERPUN) dan diamalkan oleh perpustakaan lain di Malaysia.     [ atas ]


.:: INTERNET                                                                                                                                                                      


Perkhidmatan Internet merupakan perkhidmatan yang disediakan untuk pengguna perpustakaan yang berdaftar sebagai ahli perpustakaan yang sah sahaja. Pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini mesti mendaftar di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan dan mematuhi semua peraturan penggunaan. Pengguna yang ingin membuat cetakan komputer dikehendaki berhubung dengan kakitangan di Kauter Perkhidmatan Perpustakaan.


.: Jadual Penggunaan


 


Perpustakaan menyediakan kemudahan penggunaan Perpustakaan Luar dengan mendapatkan surat kebenaran daripada Pustawakan.


.:: TAKLIMAT DAN INDUKSI                                                                                                                                            


Taklimat Perpustakaan diberi kepada Ahli / Pelajar baru serta rombongan pelawat dari luar Universiti. Manakala, induksi umum mengenai Perpustakaan akan diberi kepada semua pelajar baru secara berkumpulan. Induksi ini diadakan pada bulan pertama selepas pendaftaran / orientasi pelajar baru.     [ atas ]



.:: PETI CADANGAN DAN ADUAN                                                                                                                                    


Membolehkan pengguna memberikan cadangan atau aduan untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan Perpustakaan. Peti ini diletakkan berdekatan dengan pintu masuk Perpustakaan. Tindakan terhadap cadangan atau aduan akan dipaparkan di papan kenyataan.    [ atas ]


.:: REPROGRAFI                                                                                                                                                                


Perkhidmatan Reprografi merupakan perkhidmatan yang disediakan untuk pengguna perpustakaan yang berdaftar sebagai ahli perpustakaan yang sah sahaja. Pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini mesti mendaftar di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan dan mematuhi semua peraturan penggunaan. Pengguna yang ingin membuat salinan fotokopi dikehendaki berhubung dengan kakitangan di Kauter Perkhidmatan Perpustakaan. Kos untuk membuat salinan ialah RM 0.10 untuk satu mukasurat.   [ atas ]

Jadual Penggunaan




.:: BILIK TAYANGAN                                                                                                                                                        


Perpustakaan mempunyai sebuah bilik tayangan yang boleh menempatkan seramai 30 orang pengguna pada satu masa dan ianya dilengkapi dengan kemudahan seperti skrin, LCD dan peralatan audio. Tayangan video berbentuk akademik, umum dan rekreasi boleh diadakan di Bilik Tayangan. Tempahan mesti dibuat di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan dengan mengisi Borang Tempahan Bilik Tayangan pada waktu pejabat 7 hari sebelum penggunaan. Pihak Perpustakaan berhak menolak atau membatalkan sebarang tempahan.   [ atas ]


Perpustakaan mempunyai 2 buah Bilik Perbincangan yang boleh menempatkan 8 orang pengguna dalam sebuah bilik pada satu masa. Pengguna yang membuat perbincangan secara kumpulan digalakkan menggunakan kemudahan ini. Tempahan mesti dibuat di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan dengan mengisi buku penggunaan Bilik Tayangan.
                                                                                                                                                                              [ atas ]

 


Perpustakaan mempunyai sebuah Bilik Rujukan yang boleh menempatkan 4 orang pengguna pada satu masa. Bilik Rujukan ini menyediakan Tesis dan Kertas Soalan Peperiksaan untuk rujukan kepada pengguna.          [ atas ]


.:: KOLEKSI AM                                                                                                                                                                 


Merangkumi bahan dari pelbagai bidang sains dan non-sains. Bahan ini boleh diakses melalui rak terbuka bagi tujuan pinjaman. Jumlah pinjaman adalah berdasarkan kelayakan pengguna mengikut kategori.      [ atas ]


.:: KOLEKSI RUJUKAN                                                                                                                                                      


Merupakan koleksi bahan rujukan seperti ensaiklopedia, kamus, istilah, buku panduan, bibliografi, indeks, abstrak dan semua bahan yang bertanda "RUJ". Bahan dalam koleksi ini hanya boleh di rujuk dalam perpustakaan sahaja.   [ atas ]



.:: KOLEKSI TANDA MERAH                                                                                                                                             

Terdiri dari bahan rujukan asas pelajar yang disyorkan oleh pensyarah bagi pinjaman jangka pendek. Pensyarah akan memaklumkan perpustakaan dari masa ke semasa judul-judul bahan yang perlu ditempatkan di Koleksi Tanda Merah bagi bidang masing-masing.    [ atas ]

 


Menempatkan jurnal, majalah dan suratkhabar (luar dan dalam negeri) yang dilanggan oleh perpustakaan. Koleksi ini dilabel dengan kod bertanda "SIRI". Koleksi ini dibahagikan pada beberapa kategori;

JURNAL KINI                             - Merupakan jurnal keluaran terbaru. Koleksi ini ditempatkan di rak terbuka dan

                                                    disusun mengikut abjad.

MAJALAH POPULAR                - Merupakan majalah berbentuk rekreasi yang sering dirujuk oleh pengguna. Koleksi
                                                    ini ditempatkan di rak terbuka dan disusun mengikut abjad.



KOLEKSI SURATKHABAR       - Merupakan suratkhabar harian dan kebelakangan. Suratkhabar disusun di rak
                                                 suratkhabar terbuka manakala suratkhabar kebelakangan disusun di stor suratkhabar.

                                                  - Perpustakaan hanya menyimpan Koleksi Suratkhabar Kebelakangan sepanjang 2
                                                   tahun kebelakangan sahaja. Pengguna yang ingin merujuk bahan ini hendaklah
                                                   mendapat kebenaran daripada kakitangan Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan.



PROSPEKTUS UNIVERSITI       - Menempatkan prospektus universiti tempatan dan luar negeri. Prospektus ini hanya
                                                   boleh dirujuk di dalam Perpustakaan sahaja.     [ atas ]



Menempatkan bahan pandang dengar seperti pita video, pita audio, peta, kit, disket, slaid, cakera padat, CD-ROM, mikrofis latihan ilmiah dan tesis, jurnal kebelakangan, kalendar dan sebagainya. Bagi memudahkan penggunaan bahan multimedia, pelbagai peralatan multimedia seperti komputer, microfis dan lain-lain disediakan.    [ atas ]


.:: KOLEKSI PENYELIDIKAN                                                                                                                                              


Merupakan hasil penyelidikan kakitangan akademik dan bukan akademik Universiti serta tesis / latihan ilmiah pelajar Universiti. Koleksi ini hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja dan pengguna dilarang membuat salinan foto.    [ atas ]

 
Site Map | Hiperangkai IPTA | Hotel Berhampiran | Peti Cadangan

Best Viewed with 1024 x 768 window resolution
UMSKAL © 2007 All Copyright Reserved (UMS)
Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, Jalan Sungai Pagar, 87000 W.P Labuan, Malaysia
Telephone: (+6087) 460465 atau 460473, Fax : (+6087) 465248
Web Admin: webadmin@mailkal.ums.edu.my