.:
LOKASI
Perpustakaan
Universiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar
87000 Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon : 087-460499/468
Faks :-
.: PENGENALAN
Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
merupakan pusat maklumat utama untuk menyokong pembelajaran,
pengajaran dan penyelidikan di Universiti Malaysia Sabah
(UMS). Ini adalah selaras dengan objektif Perpustakaan UMS
iaitu "Menyokong dan membantu proses pengajaran, pembelajaran
dan penyelidikan dalam pelbagai bidang melalui penyediaan
kemudahan perkhidmatan maklumat dan bahan rujukan yang berkualiti
dengan lengkap dan berkesan sejajar dengan misi Universiti
Malaysia Sabah."
Lokasinya adalah di Bangunan Sokongan Sementara
seluas 2,184 meter persegi yang boleh memuatkan sehingga
250 orang pengguna dalam satu masa. Bilangan pengguna pula
adalah terdiri daripada 2,000 orang pelajar. Sehingga Disember
2006, jumlah bahan di Perpustakaan UMS-KAL kini ialah lebih
kurang 35,000 naskhah.
Perpustakaan KAL menggunakan Sistem Maklumat
Perpustakaan (SMP/webOPAC) yang dikendalikan secara berkomputer
dengan menggunakan sistem VIRTUA yang boleh diakses melalui
laman web perpustakaan. Ianya dikongsi bersama dengan Perpustakaan
Induk UMS yang membolehkan pencarian bahan, pinjaman, pembaharuan
dan pemulangan buku dibuat secara "online".
Perpustakaan UMS juga melanggan 27 judul
pangkalan data elektronik. Antaranya Emerald, ProQuest,
Ovid, Academic Search Premier, Business Search Premier,
Science Direct dan lain-lain. Pangkalan data ini boleh diakses
melalui laman web perpustakaan di url:
http://www.ums.edu.my/library/databases.html
Selain itu, perpustakaan UMS juga melanggan sejumlah 1,735
judul buku elektronik atau e-books daripada Kluwer dan Netlibrary.
Koleksi ini boleh diakses melalui laman web berikut:
http://ebooks.springerlink.com/Search/BasicSearch.aspx
dan;
http://www.netlibrary.com/Search/BasicSearch.aspx
Manakala, jurnal elektronik boleh diakses melalui laman
web perpustakaan di:
http://www.ums.edu.my/library/Journal.htm
.: VISI
Membina Koleksi yang berkualiti serta kemudahan
dan perkhidmatan yang berkesan seiring dengan perkembangan
teknologi semasa.
.: MATLAMAT
a) Menyediakan bahan dan maklumat untuk
pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di Universiti
serta untuk
bacaan umum.
b) Memberikan khidmat rujukan, rundingan,
pinjaman dan pelbagai khidmat Perpustakaan kepada pelajar,
pensyarah,
penyelidik serta kakitangan am Universiti
dan ahli luar Perpustakaan.
c) Memasarkan maklumat dan perkhidmatan
kepada masyarakat dalam dan luar kampus.
d) Memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat
dalam dan luar Universiti untuk melahirkan masyarakat berilmu.
.: FALSAFAH
"Berkhidmat Berkualiti
Menerusi Teknologi Semasa"
.: OBJEKTIF
Menyokong dan membantu proses pengajaran,
pembelajaran dan penyelidikan dalam pelbagai bidang melalui
penyediaan kemudahan perkhidmatan maklumat dan bahan rujukan
yang berkualiti dengan lengkap dan berkesan sejajar dengan
misi Universiti Malaysia Sabah.
.: PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji akan merealisasikan Falsafah
Kualiti Perpustakaan bagi melaksanakan tanggungjawab:
a) Menyediakan dan menyampaikan maklumat
terkini, cepat, tepat dan efektif setiap masa.
b) Memberi khidmat kepada pengguna dengan
mesra dan berkesan.
c) Menyediakan suasana pembelajaran yang
selesa serta bahan dan peralatan yang terbaik.
|