.: LOKASI
Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan
Universiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar
87000 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087 – 460400
Faks : 087 - 465154
.: Penerangan Ringkas Bahagian
BPP adalah satu bahagian yang akan memastikan segala
kemudahan yang berkaitan Hal Ehwal Pelajar dan Hal Ehwal
Akademik termasuk kemudahan-kemudahan kakitangan dapat
di BANGUNKAN, di SELENGGARA dan di LENGKAPKAN dengan segala
kemudahan dan peralatan yang mencukupi sejajar dengan
keperluan dan kemudahan untuk pelajar dan kakitangan.
Keseluruhannya BPP, mempunyai 4 fungsi utama seperti berikut:
1.1 Fungsi Pengurusan
i. Mengurus , menyelia , memproses dan memantau perlaksanaan
aktiviti Pembangunan dan Penyelenggaraan bagi semua kemudahan
dan infrastruktur di UMS-KAL.
ii. Mengurus, memproses dan memantau perlaksanaan sebarang
aktiviti persidangan/majlis rasmi bagi semua bahagian
di UMS-KAL.
iii. Mengurus, menyelia dan memantau semua aset. Inventori
dan utiliti Universiti.
1.2 Fungsi Pembangunan
i. Membuat perancangan, penyeliaan yang bersepadu selaras
dengan kehendak pelanggan dan perkembangan semasa di UMS-KAL.
1.3 Fungsi Penyelenggaraan
i. Mengawalselia dari semasa ke semasa semua kemudahan
infrastruktur di UMS-Kal agar sentiasa dalam keadaan yang
selamat, selesa, bersih dan bebas daripada kerosakan yang
boleh membahayakan dan menjejaskan keperluan pelanggan
serta imej UMS-KAL.
ii. Mengawalselia dari semasa ke semasa semua aset dan
inventori BPP supaya sentiasa dalam keadaan yang baik
dan sempurna.
1.4 Fungsi Pengangkutan
i. Menyediakan kemudahan pengangkutan bagi pelajar dari
Tmn Mutiara(Shuttle Bas) , pensyarah jemputan dan kakitangan
mengikut tempahan yang dibuat dan diselaraskan mengikut
jadual dan kelulusan Ketua Jabatan.