.: LOKASI
Bahagian Kokurikulum & Sukan (BKS)
Aras 12, Bangunan Menara
Universiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar
87000 Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon : 087-460499/468
Faks :-
.: PENGENALAN
Bahagian Kokurikulum & Sukan (BKS) berfungsi sebagai
penggerak dan menyelaras segala Program Kokurikulum dan
sukan di UMS-KAL yang meliputi segala kegiatan di luar
bilik kuliah seperti komponen sukan dan rekreasi, komponen
kebudayaan dan kesenian serta komponen kepimpinan, kemasyarakatan
dan hubungan komuniti, Komponen Keusahawanan dan Komponen
Wajadiri. Program kokurikulum dapat melahirkan pelajar-pelajar
yang berketerampilan, mempunyai sifat kepimpinan dan jati
diri supaya dapat menunjukkan perlakuan ke arah semangat
kenegaraan dan perpaduan yang jitu.
Bahagian Kokurikulum & Sukan juga berfungsi untuk
merancang, mentadbir, menyelaras dan mengendalikan program
kegiatan sukan pelajar sama ada berbentuk pertandingan
atau rekreasi ke arah pembentukan kecergasan fizikal serta
membantu para pelajar memiliki sahsiah yang terpuji. lni
merangkumi aktiviti sukan di dalam atau di luar kampus
sehingga ke peringkat mewakili universiti dan Majlis Sukan
Universiti Malaysia (MASUM) bagi menyertai pertandingan
di peringkat antarabangsa.
.: OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan
serta pengalaman dan kemahiran asas seperti memimpin ,
mengurus dan melatih rakan sebaya.
2. Memberi pendedahan dalam aspek-aspek keusahawanan
agar dapat mengembangkan minda, bakat dan potensi secara
menyeluruh dan berketrampilan dalam pengurusan perniagaan.
3. Meningkatkan keupayaan pengiktirafan dari segi kepimpinan.
4. Membina daya pemikiran yang tajam dan mewujudkan kepimpinan
serta ketabahan, kreativiti dan daya saing di kalangan
pelajar.
5. Memberi peluang kepada pelajar menikmati dan memperkayakan
pengalaman dan pengetahuan.
6. Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam kegiatan
sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat yang boleh membantu
usaha mencapai matlamat perpaduan negara.
7. Membantu mewujudkan masyarakat yang demokratik, bermoral
tinggi, sihat, berdisiplin, berdedikasi, di samping mempunyai
sikap taat dan toleransi.
8. Menyediakan peluang-peluang kepada pelajar untuk mempamirkan
kemahiran masing-masing dengan menyertai pertandingan-pertandingan
sukan sama ada di peringkat kolej, MASUM serta pertandingan-pertandingan
terbuka di luar universiti tanpa mengharapkan sebarang
ganjaran dari universiti.
9. Memajukan perkembangan personaliti serta kecergasan
fizikal pelajar sejajar dengan falsafah pendidikan negara
untuk membentuk individu yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dengan menggalakan
penyertaan yang lebih luas di dalam permainan dan pertandingan
yang disediakan.
10. Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang terlibat
di dalam kegiatan sukan semasa menuntut di universiti
sama ada sebagai atlit, jurulatih atau pengurus berdasarkan
kepada pencapaian yang ditetapkan yang mana secara langsung
atau tidak langsung telah menaikkan nama universiti.
11. Menanam dan mewujudkan nilai-nilai murni dalam diri
pelajar seperti semangat cintakan universiti, kesedaran,
persefahaman, kerjasama, muhibah dan hubungan baik bagi
semua peringkat melalui kegiatan sukan yang disediakan.