Slider

Majlis Serah dan Terima Tugas Jawatan

28 DIS 2020 – Satu Majlis Serah dan Terima Tugas jawatan Ketua Sektor Keselamatan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah diadakan.

Ketua Sektor Keselamatan, Inspektor PB, Adi Yusof menyerahkan tugasnya kepada Penolong Pegawai Sektor Keselamatan Kanan, Usamah Mat Desa.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah yang mewakili Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Dr. Jualang @Azlan Gansau.

Turut menyaksikan majlis yang diadakan di Bilik Sri Menanti itu ialah Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM), Mas Adi Alimin.

Hadir sama kakitangan SPSM dan Sektor Keselamatan.

Dalam ucapannya, Zamri merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas jasa bakti serta sumbangan Adi Yusof terhadap keselamatan warga UMSKAL.

Sementara itu, Adi Yusof yang bertugas selama hampir empat tahun dari 2 Februari 2017 hingga 31 Disember 2020 akan kembali bertugas di Bahagian Keselamatan di UMS Kota Kinabalu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota Sektor Keselamatan yang komited dan berusaha gigih menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Ucapan terima kasih juga beliau tujukan kepada pengurusan UMSKAL khususnya Pengarah UMSKAL, semua Ketua Sektor dan warga UMSKAL termasuk pelajar yang telah bekerjasama dengan beliau selama ini.

Majlis yang bermula pukul 10 pagi itu berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi.

Tamat.