Slider

Tiga kakitangan UMSKAL terima tab

25 MAC 2021 - Tiga kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menerima sumbangan tab untuk memudahkan anak-anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR).

Mereka ialah Mohd Ali Kassim, Mona Lydia Arshat dan Aishah Adam.

Sumbangan daripada Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UMS (PPUMS) itu disampaikan oleh Pengarah UMSKAL, Professor Dr. Jualang Azlan Gansau di Pejabat Pengarah UMSKAL, Aras 13, Bangunan Menara.

Turut hadir Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohammad Tuah dan Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM) UMSKAL, Mas Adi Alimin.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada PPUMS, Professor Dr. Jualang berharap penerima tab tersebut akan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

“Menerusi kemudahan tab tersebut, saya berharap anak-anak kakitangan terbabit akan terus belajar dengan tekun dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan,”katanya.

Seorang penerima, Mohd Ali mengucapkan terima kasih atas bantuan dan keprihatinan pihak PPUMS terhadap keperluan pembelajaran anak-anak kakitangan UMSKAL.

“Saya ucapkan terima kasih kepada PPUMS. Dengan adanya tab itu akan memudahkan anak-anak kami mengikuti PDPR,”katanya ditemui selepas menerima peralatan tersebut.

Tamat.