Slider

Sektor Kewangan UMSKAL tuan rumah Perhimpunan Bulanan Jabatan Bendahari UMS

25 MAC 2021 – Kakitangan Sektor Kewangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) turut menjayakan Perhimpunan Bulanan Jabatan Bendahari UMS Bil. 3/2021.

Majlis yang dianjurkan Sektor Kewangan UMSKAL itu diadakan secara maya berlangsung di Bilik Eureka, Podium, Bangunan Menara UMSKAL.

Timbalan Bendahari Kanan, Saima Ismail mewakili Bendahari UMS, Zallifah Shadan merasmikan majlis tersebut.

Turut hadir Ketua Sektor Kewangan UMSKAL, M\ohamad Anwar Abdullah selaku penyelaras perhimpunan kali ini bersama 10 kakitangannya.

Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu UMS Bertekad Cemerlang.

Ia diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mohamad Anwar.

Program itu diisi dengan pelbagai acara termasuk sesi perkongsian ilmu – Vaksin COVID-19 oleh Pakar Perubatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Chow Pei Ling.

Turut diadakan video imbasan COVID-19, penyampaian Sijil APC, penyampaian hadiah hari jadi dan cabutan bertuah.

Majlis tersebut yang bermula pukul 2.30 petang berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Tamat.