Slider

Kakitangan UMSKAL perlu jaga kesihatan

31 MAC 2021 – Persefahaman yang mantap dan hubungan yang baik dalam kalangan kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) terserlah lagi menerusi perlawanan bola sepak persahabatan yang diadakan di Padang UMSKAL.

Pengarah UMSKAL, Professor Dr. Jualang Azlan Gansau turut menyaksikan perlawanan persahabatan yang bermula pukul 8 malam itu.

Turut hadir Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof Madya Dr Mohamad Rizal Abd Hamid.

Selain kakitangan, perlawanan itu turut disertai pensyarah dan pelajar.

Professor Dr. Jualang mahu kakitangan UMSKAL terus menjaga dan mengekalkan kesihatan dengan menyertai acara sukan dan rekreasi.

Beliau juga bangga kerana menerusi perlawanan itu, bakat dan kebolehan kakitangan UMSKAL mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, menurut Ketua Sektor Sukan dan Rekreasi, Ahmad Fadly Abd Rahman perlawanan itu diadakan untuk merapatkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin dalam kalangan pegawai, pensyarah dan kakitangan pentadbiran UMSKAL.

“Sektor Sukan akan terus mengadakan pelbagai lagi acara sukan untuk memastikan warga UMSKAL sentiasa sihat, cergas dan cerdas,”katanya.

Terima kasih buat semua kakitangan yang menjayakan perlawanan tersebut.

Tamat.