Slider

Pegawai dan Pensyarah UMSKAL jayakan Taklimat Pemantapan Penulisan Kertas Eksekutif Dasar Gaya UMS

1 APRIL 2021 – Pegawai dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menjayakan Taklimat Pemantapan Penulisan Kertas Eksekutif Dasar Gaya UMS yang diadakan di Podium D, Bangunan Menara UMSKAL.

Taklimat yang bermula pukul 9 pagi itu disampaikan oleh Ketua Bahagian Pentadbiran dan Governan, Bahagian Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sharifah Ismail.

Antara tujuan taklimat tersebut ialah untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran dalam penulisan kertas kerja.

Peserta taklimat itu terdiri daripada Ketua-ketua Sektor, Ketua-ketua Program Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) serta Timbalan-timbalan Dekan kedua-dua fakulti.

Turut menyertai taklimat tersebut ialah Penolong-penolong Pegawai Tadbir dan kakitangan pelaksana.

Hadir sama Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah dan Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM), Mas Adi Alimin.

Pengarah UMSKAL, Professor Dr. Jualang Azlan Gansau meluangkan masa bersama peserta pada sesi bergambar di hadapan bangunan Menara.

Beliau berharap lebih banyak perkongsian dapat diadakan pada tahun ini untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada semua pegawai, pensyarah dan kakitangan pelaksana sambil berkongsi pengalaman dengan pegawai kanan dan pentadbir UMS.

“Saya mengalu-alukan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada Pegawai Utama dan Pegawai Kanan UMS dengan kakitangan UMSKAL.

“Dengan adanya perkongsian tersebut, warga UMSKAL dapat mengetahui perkembangan terkini di UMS Kampus Induk di Kota Kinabalu,”katanya.

Tamat.