Slider

Professor Dr. Jualang iringi Datuk Rozman lihat anak bulan

12 APRIL 2021 – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli meluangkan masa menghadiri Majlis Rukyah Hilal Rasmi Ramadan 1442 Hijrah di Tingkat 13, Bangunan Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). 

Ketibaan beliau disambut Pengarah UMSKAL, Professor Dr. Jualang Azlan Gansau dan Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah. 

Seramai 13 Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan dan Sekretariat Jawatankuasa Rukyah terbabit dalam program tersebut di Bilik Mesyuarat Eksekutif Tingkat 13.

Turut diadakan taklimat cerapan, bacaan Surah Yasin, zikir dan tahlil.

Pengerusi Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan, Ustaz Mohd Fazil Hassan yang juga Hakim Mahkamah Syariah Labuan melaporkan keputusan kenampakan Hilal kepada Urusetia Melihat Anak Bulan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Semua tetamu turut menunaikan Solat Maghrib Berjemaah di Bilik Anggerik, Tingkat 13 sebelum menikmati jamuan makan malam di Bilik Sri Menanti, Podium Bangunan Menara.

Terima kasih kepada semua yang terbabit.

Selamat Berpuasa 2021.   

Tamat.