Slider

Perlawanan badminton penghargaan buat Syarulnidzam

SATU perlawanan badminton penghargaan telah diadakan buat Syarulnidzam Wahanin yang akan berpindah ke Kampus Induk Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu pada minggu ini.

Penolong Akauntan, Syarulnidzam Wahanin mula berkhidmat di Seksyen Pengurusan Bajet, Jabatan Bendahari UMS, Kota Kinabalu pada Mei 2006. 

Beliau ditukarkan ke UMSKAL pada Januari 2012 di Seksyen Pengurusan Bayaran Kakitangan, Sektor Kewangan sehingga hari terakhir pada 4 Mei 2021. 

“Saya akan ditempatkan di Sektor Pengurusan Teknikal Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) pada 7 Mei ini,”katanya ditemui selepas tamat perlawanan badminton tersebut yang diadakan di Dewan Utama UMSKAL pada 3 Mei 2021. 

Turut bermain pada perlawanan itu ialah Che Din Md Salleh, A Roslee Abd Karim, Asmadi Abas, Md Faizal Mat Jaini, Yusdi Lamat dan pengurus pasukan, Subrie Said. 

Syarulnidzam yang berasal dari Kampung Bayangan Keningau kini menetap di Taman Inanam Laut.

 Tambah beliau, perpindahan ke UMS KK berikutan  perpindahan isterinya, Dr Chew Tze Cheng @ Nur Alesha Chew ke Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan UMS KK pada 2 November 2020. 

“Berat hati untuk berpindah kerana persahabatan yang erat telah dibina bersama staf, ketua jabatan dan pegawai UMSKAL. 

“Walaupun UMSKAL merupakan kampus cawangan yang kecil namun ia membolehkan ukhwah luas yang dijalinkan bersama semua staf daripada sektor yang berlainan,”katanya. 

Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan perpisahan terhadap Pengarah UMSKAL, Prof Dr. Jualang Azlan Gansau dan Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah di Pejabat Pengarah Aras 13, Bangunan Menara, Isnin lalu. 

Prof Dr. Jualang mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti Syarulnidzam terhadap UMSKAL selama ini.

Tamat.