Slider

Pelajar UMSKAL ringankan beban 30 keluarga terjejas

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) turut bersama menjayakan Kempen Bantuan Bakul Makanan. 

Pada 9 Julai 2021 universiti ini menyampaikan bantuan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO), Borneo Martial Art Academy yang bertanggungjawab menguruskan penyerahan bantuan kepada 30 isi rumah di sini.

Penyampaian disempurnakan Pengarah UMSKAL, Prof. Dr. Jualang Gansau @ Azlan Gansau kepada wakil NGO tersebut Tan Chee Haw.

Bertempat di Bangunan PKP UMS Kampus Antarabangsa Labuan, penyampaian turut  disaksikan Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMSKAL, Nuriman Reedzal. 

Projek Bantuan Bakul Makanan UMSKAL ini diselaraskan oleh Noreffaizza Jali dari Sektor HEP dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar yang diketuai Mohd Fakhrul Ariffin.

Urusetia bantuan turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan

Tamat.