Slider

Prof Madya Dr Mohamad Rizal dilantik Pemangku Pengarah UMSKAL

Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid dilantik sebagai Pemangku Pengarah UMSKAL bermula 1 Ogos 2021. 

Beliau menggantikan Profesor Dr. Jualang @Azlan Abdullah Gansau yang dilantik sebagai Dekan Fakutli Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah bermula 1 Ogos 2021 hingga 31 Julai 2024.  

Profesor Dr. Jualang menyandang jawatan Pengarah UMSKAL pada 1 Februari 2020 hingga 31 Julai 2021. 

Satu majlis ringkas Majlis Penyerahan Nota Serah dan Terima Tugas Pengarah UMSKAL diadakan di Pejabat Pengarah di Bangunan Menara UMSKAL pada 6 Ogos 2021.  

Turut menyaksikan majlis itu ialah Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah.  

Ketua-ketua Sektor UMSKAL turut berada di Podium Bangunan Menara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Profesor Dr. Jualang.  

Sebelum meninggalkan UMSKAL, beliau menerima tabik hormat daripada anggota pasukan Keselamatan UMSKAL.  

Semua warga UMSKAL mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan Profesor Dr. Jualang sebagai Pengarah UMSKAL yang keenam sejak Kampus Cawangan UMS itu ditubuhkan pada 1999.  

Sempena majlis tersebut, turut diadakan majlis serah dan terima tugas daripada Penolong Pendaftar, Haji Taufik Abd Latif yang bertukar ke Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS dan Pembantu Tadbir, Zek Jas yang bertukar ke Fakulti Pengajian Islam UMS.

Prof Madya Dr Mohamad Rizal mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan Haji Taufik dan Zek Jas terhadap UMSKAL. 

Tamat.