Slider

Prof Dr. Jualang tunai solat Jumaat di Masjid Al-Hikmah

Mantan Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Dr. Jualang @Azlan Abdullah Gansau menunaikan solat Jumaat terakhir di Masjid Al-Hikmah UMSKAL pada 6 Ogos 2021. 

Beliau dilantik sebagai Dekan Fakutli Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula 1 Ogos 2021 hingga 31 Julai 2024 selepas menyandang jawatan Pengarah UMSKAL pada 1 Februari 2020 hingga 31 Julai 2021. 

Profesor Dr. Jualang meluangkan masa mengabdikan gambar kenangan bersama AJK Masjid dan jemaah. 

Turut bersama-sama hadir ialah Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah dan Ketua Sektor Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Masjid, Ustaz Mohd Khairul Isham Abd Latiff. 

AJK Masjid Al-Hikmah UMSKAL mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan Profesor Dr. Jualang sebagai Pengarah UMSKAL. 

Sana-sama kita mengimarahkan Masjid Al-Hikmah UMSKAL.

Tamat.