Slider

Terima kasih Zek Jas

Satu majlis perpisahan untuk Pembantu Tadbir, Zek Jas telah diadakan di Pejabat Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM), Aras 12, di Bangunan Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 20 Ogos 2021.

Zek Jas akan memulakan tugasnya di Fakulti Pengajian Islam UMS pada 1 September 2021.

Zek mengucapkan terima kasih kepada semua warga UMSKAL yang pernah bekerjasama dengan beliau selama ini.

Ketua Sektor SPSM, UMSKAL, Mas Adi Alimin mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan Zek Jas terhadap UMSKAL sejak 1 Januari 2008 hingga 31 Julai 2021.

Selamat Maju Jaya.

Tamat.