Slider

Mohizam dan Suanah Juara The Biggest Loser UMSKAL 2021

12 Januari 2022 (Rabu) – Kakitangan Sektor Perkhidmatan Akademik, Mohizam Mohamad muncul juara kategori Lelaki Pertandingan The Biggest Loser Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 2021. 

Dengan kejayaan itu, beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300. 

Wang tunai RM150 selaku naib juara dimenangi kakitangan Sektor Keselamatan, Mohd Ridwan Mohamad Don. 

Manakala tempat ketiga diraih kakitangan Sektor Pembangunan dan Penyelenggaraan, Mohd Abdullah Manggul yang menerima RM50. 

Sementara itu, tiga staf Sektor Kewangan membolot ketiga-tiga hadiah utama pertandingan tersebut bagi kategori Perempuan. 

Juara menjadi milik Dyg Suanah Ismail diikuti Farizah Ismail dan ketiga Eldayana Suhaili. 

Seramai 44 staf menyertai program itu yang dianjurkan Klinik Rawatan Warga (KRW) UMSKAL dengan kerjasama Sektor Sukan dan Rekreasi, Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM) serta Kelab Surirumah dan Staf Wanita UMS (Kesumba) UMSKAL. 

Majlis penyampaian hadiah kategori lelaki disempurnakan oleh Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah manakala kategori perempuan disampaikan Ketua Sektor SPSM, Mas Adi Alimin di Bilik Kuliah Podium D, Bangunan Menara UMSKAL. 

Turut hadir Pengerusi Penganjur, Dr Jamariah Jamadi. 

Dr Jamariah mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang menyertai The Biggest Loser yang diadakan pada 11 Oktober 2021 – 12 Januari 2022. 

Ucapan terima kasih juga beliau tujukan kepada semua AJK Penganjur yang menjayakan program tahunan itu. 

 

Turut membantu beliau ialah SN Nurul Amiella Abdullah, SN Valaria Ondihon Wlfred Lajanty dan MA Mohamad Hafiez Sawal. 

Tagline: ‘The Best Investment You Can Ever Make Is In Your Own Health’. 

Tamat.