Slider

Universiti Malaysia Sabah dan Perbadanan Labuan Jalin Kerjasama

Labuan – Pada 14 April 2022 (Isnin) berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Inisiatif Pelancongan Pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan antara Perbadanan Labuan (PL) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Labuan Ballroom, Dorsett Grand Labuan.  

Perbadanan Labuan diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Haji Rithuan Ismail manakala UMS diwakili Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid. 

Dr. Mohamad Rizal mewakili Naib Canselor UMS, Prof. ChM. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin.  

Majlis MoU itu disaksikan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim.  

Turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias dan Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Sri Haji Amir Haji Hussien.  

Hadir sama Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah dan Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal serta Timbalan Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Dr Muzaffar Hamzah. 

Tamat.