Slider

KESUMBA UMS Prihatin

 17 April 2022 - Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) mengadakan Program Iftar Bersama Pelajar B40 UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di Masjid Al Hikmah UMSKAL. 

Pada majlis itu, Naib Canselor UMS, Prof. ChM. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin merangkap Penasihat KESUMBA dan Yang Dipertua KESUMBA, Datin Dr Amalina Abdullah menyampaikan Beg Kuih Raya kepada 38 pelajar UMSKAL. 

Sumbangan diterima daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Buruj, Unit Zakat Pusat Islam UMS dan kakitangan UMS. 

Datin Dr Amalina mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang prihatin sekaligus dapat meringankan beban pelajar terbabit. 

Turut diadakan tazkirah oleh Prof. ChM. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

Datuk Dr. Taufiq menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di Masjid Al Hikmah UMSKAL. 

Turut hadir Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid dan isteri, Ku Chen Jeng @ Nur Alliyah Ku. Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah, Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal dan wakil Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Dr. Wan Nooraishya Wan Ahmad. 

Selain itu, Ketua Pentadbiran dan Sumber Manusia, Mas Adi Alimin dan Ketua Sektor Hal Ehwal dan Masjid, Ustaz Khairul Isham Abdul Latif. 

Pada 18 April 2022, Datin Dr Amalina mengadakan perjumpaan dengan Exco KESUMBA KAL. 

Delegasi KESUMBA turut disertai empat orang Exco iaitu Dk Masniah Pg Haji Madaud (Ketua Biro Sukan dan Rekreasi), Lydia Hurgerty Felix (Ketua Puteri KESUMBA), Silawati @ Ken Silawati Khamis (Bendahari Kehormat) dan Nur Azella Aida Zahida Amir (Ketua Puteri KESUMBA). 

Turut hadir Setiausaha Kesumba KAL, Dayang Siti Norashikin Jainal. 

Semoga segala usaha diberkati Allah.

Tamat.