Slider

Majlis Berbuka Puasa UMSKAL 2022

Pada 18 APRIL 2022, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Pengurusan dan Wakil Pelajar UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). 

Pada majlis itu, Naib Canselor UMS, Prof. ChM. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin menyampaikan sumbangan UMSKAL kepada pelajar residen. 

Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) kepada pelajar residen. 

Terdahulu Pengerusi LPU UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UMS Bil.4/ 2022 (Kali Ke-106) di Hotel Lazenda secara dalam talian. 

Ahli LPU yang hadir ialah Datin Hajah Nurlaila Said, Datuk Haji Majin Haji Ajing dan Datuk Dr Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid serta Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar selaku Setiausaha LPU UMS. 

Manakala Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah Perbendaharaan Malaysia Sabah, Rafidah Datu Derin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong. Datuk Vincent Pung Yee Kiong dan Datuk Dr Haji Kamarlin Haji Ombi menghadiri Mesyuarat LPU secara dalam talian. 

Majlis berbuka puasa yang diadakan di Ruang Legar Bangunan Menara UMSKAL itu turut diimarahkan dengan Tazkirah Ramadan ‘Nuzul Al-Quran’ yang disampaikan oleh Naib Canselor UMS, Prof. ChM. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin. 

Turut hadir Pegawai Utama dan Kanan UMS. 

Selesai majlis berbuka puasa, Naib Canselor UMS, Prof. ChM. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin bersama tetamu yang lain menunaikan Solat Fardhu Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah di Masjid Al Hikmah UMSKAL. 

Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid mengucapkan terima kasih atas kehadiran Ahli Lembaga Pengarah LPU UMS memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Pengurusan dan Wakil Pelajar UMSKAL pada tahun ini. 

Beliau tidak lupa merakamkan penghargaan kepada semua petugas yang komited memastikan majlis tersebut berjalan lancar.

Tamat.