Slider

20 pelajar UMSKAL jayakan Majlis Khatam Al-Quran 1443H

Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid meluangkan masa menghadiri Majlis Iftar Perdana dan Khatam Al-Quran Peringkat UMSKAL 2022M / 1443H di Masjid Al Hikmah UMSKAL pada 20 April 2022. 

Majlis yang bermula pukul 5.30 petang itu didahului dengan ceramah khas oleh Pengarah Pusat Islam UMS, Ustaz Md Razali Saibin. 

Selepas menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah, diadakan Majlis Khatam Al-Quran yang disertai 20 peserta dalam kalangan pelajar UMSKAL. 

Ketua Sektor Hal Ehwal dan Masjid, Ustaz Khairul Isham Abdul Latif mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu, kakitangan dan pelajar yang menjayakan majlis tersebut. 

Turut hadir Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah dan Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Hanafi Ahmad Hijazi. 

Majlis diakhiri dengan jamuan moreh dan sesi bergambar bersama AJK Pelaksana Majlis Khatam Al-Quran 2022. 

Semoga kehadiran kakitangan dan pelajar sentiasa dirahmati Allah.

Tamat.