Slider

Pensyarah FKI dan FKAL jayakan Kursus NLP

LABUAN – Seramai 35 Pensyarah Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) dan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menjayakan Kursus ‘NLP For Lecturers’ di Bilik Eureka, Ruang Legar, Bangunan Menara UMSKAL pada 17 – 18 Ogos 2020.

Kursus Neuro-Linguistic Programming (NLP) dua hari itu dikendalikan oleh Pengasas Akademi NLP Malaysia Sdn Bhd, Haji Md Taib Mat.

Beliau dibantu Ketua Bahagian Sumber Manusia (BSM) UMS, Masri Judah yang juga Fasilatator kursus tersebut.

Turut hadir Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah dan Penolong Pendaftar Kanan FKI, Norhanizah Adnan selaku urusetia.

Antara objektif dan aplikasi NLP dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk mengenali model dunia pelajar, membina rapport baik dengan pelajar, menentukan keadaan minda diri terbaik, meningkatkan penglibatan pelajar dan membentuk komunikasi elektif.

NLP adalah di antara alat terbukti yang menawarkan beberapa kaedah yang dapat digunakan oleh para pensyarah supaya pengajarannya menjadi lebih berkesan dan menarik.

“Ianya akan dapat meningkatkan interaksi dalam komunikasi dan proses pengajaran,”kata Haji Md Taib lagi.

Kursus tersebut dianjurkan BSM dengan kerjasama FKI dan Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM),

Pengarah UMSKAL, Profesor Dr. Jualang @Azlan Abdullah Gansau sempat meluangkan masa bergambar kenangan bersama penceramah dan peserta kursus.

Tamat.