LABUAN : Seramai 35 kakitangan sokongan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) telah menghadiri Kursus Pengurusan Masa Siri 3/2012 di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 11, Bangunan Menara UMS-KAL pada 11 – 12 Jun 2012.
Kursus dua hari itu dikendalikan oleh Pensyarah Kanan, Pusat Teknologi Komunikasi dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Huzili Hussin.
Huzili berkata kursus itu bertujuan untuk mengurus masa dengan efektif dan sistematik, menerapkan kecekalan diri dan perubahan dalam diri kakitangan.
Selain itu, ianya juga mengajar merancang untuk membuat keputusan dalam waktu yang singkat dengan memperolehi keputusan yang tepat (speed thinking).
Kursus itu dianjurkan Unit Pembangunan Profesional (Bukan Akademik), Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UMS dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran UMS-KAL.
Tamat.









