Laman Web Rasmi UMS Kampus Antarabangsa Labuan

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Buletin KAL

Sebelum Selepas

UMS adakan perjanjian dengan Labuan FSA

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) di Bangunan Galeri, UMS Kota Kinabalu pada 15 Mei 2013. UMS diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah manakala Labuan FSA diwakili Ketua Pengarahnya, Ahmad Hizzat Baharuddin. Majlis itu disaksikan Pendaftar UMS, Datuk Abdullah Mohd Said dan Timbalan Ketua Pengarah...

Dikemaskini pada 16 Mei 2013 | Azri Onn Othman | Hit:38 | Berita Kampus

UMSKAL adakan Konvensyen Amalan Persekit…

Universiti Nalaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) akan mengadakan Konvensyen Amalan Persekitaran Berkualiti 5S pada 11 Jun depan di Dewan Theatrette. Menurut penganjur, Didiroy Dickson Joneh sebanyak 15 kumpulan akan menyertai konvensyen yang pertama kali diadakan itu. Katanya, pemenang akan mewakili UMSKAL ke peringkat Wilayah Sabah, Sarawak dan Labuan di Kota Kinabalu pada 3-4 Julai depan. Beliau berkata johan akan menerima RM500, piala...

Dikemaskini pada 03 Mei 2013 | Azri Onn Othman | Hit:77 | Berita Kampus

Penolong Naib Canselor UTHM lawat UMSKAL

Penolong Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Abd Karim telah melawat ke Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 3 Mei 2013. Kehadiran beliau diraikan oleh Timbalan Pendaftar UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Ismail Ali. Beliau turut melawat pejabat bahagian dan meninjau projek pembangunan UMSKAL dari Tingkat...

Dikemaskini pada 03 Mei 2013 | Azri Onn Othman | Hit:77 | Berita Kampus

UMSKAL bantu cemerlangkan pelajar SMK La…

Pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) akan membantu mencemerlangkan pelajar SMK Lajau bagi menghadapi peperiksaan pada tahun ini. Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Ismail Ali berkata pelbagai aktiviti boleh diadakan termasuk motivasi dan bimbingan bagi membantu pelajar Tingkatan Tiga dan Enam menghadapi peperiksaan PMR dan STPM. Katanya, mereka boleh mendapatkan bantuan bimbingan akademik daripada mahasiswa dan pensyarah Sekolah Perniagaan dan...

Dikemaskini pada 03 Mei 2013 | Azri Onn Othman | Hit:72 | Berita Kampus

Memartabatkan warisan bangsa di Sabah – …

Pada Regatta Lepa Semporna 2013, Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi di Sabah bukan hanya setakat menyertai pertandingan Lepa Cantik tetapi juga telah melancarkan sebuah buku berjudul ‘ Tun Sakaran Dandai : Pejuang Warisan Lepa Semporna ‘. Tun Sakaran Dandai turut dianugerahkan sebagai Tokoh Lepa 2013 sebagai tanda pengiktirafan UMS kepada perjuangan dan sumbangan beliau dalam mengangkat dan...

Dikemaskini pada 03 Mei 2013 | Azri Onn Othman | Hit:79 | Berita Kampus

UMSKAL sedia bantu murid SK Lubok Temian…

Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) akan membantu murid Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) meningkatkan prestasi akademik mereka. Timbalan Dekan Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL), Ryan Macdonell Andrias berkata pelbagai program yang dianjurkan universiti boleh disertai murid SKLT termasuk program motivasi. Katanya, mahasiswa dan pensyarah UMSKAL sedia meluangkan masa untuk membantu meningkatkan prestasi pendidikan murid dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)...

Dikemaskini pada 03 Mei 2013 | Azri Onn Othman | Hit:77 | Berita Kampus

56 pelajar UMSKAL dpakaikan pangkat SISP…

Pada 19 April 2013 seramai 56 pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah dipakaikan pangkat pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Siswa Pertahanan Awam (SISPA) dan perasmian Pejabat SISPA. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof Madya Datuk Dr Kasim Md Mansur berkata daripada jumlah itu, 32 pelajar merupakan pelajar Semester II dan 24 lagi pelajar...

Dikemaskini pada 22 April 2013 | Azri Onn Othman | Hit:113 | Berita Kampus

Pensyarah UPI kunjungi Pengarah UMSKAL

Pensyarah Universiti Pendidikan Indonesia (UPI) Bandung telah mengunjungi Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di Bilik Mesyuarat Eksekutif Tingkat 13, Bangunan Menara pada 17 April 2013. Andi Suwirta yang juga Pengetua Asosian Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia (Aspensi) mengadakan perbincangan dua hala dengan Prof Madya Dr Ismail Ali. Dr Ismail berkata kedua-dua pihak membincangkan perkongsian penerbitan jurnal dan buku serta kerjasama...

Dikemaskini pada 22 April 2013 | Azri Onn Othman | Hit:113 | Berita Kampus

Lavestar atasi UMSKAL 3-1

Pasukan Labuan Veteran Star @ Lavestar mengatasi Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Dataran Labuan pada 16 April 2013. Gol-gol pasukan Lavestar dijaringkan Roy Ismail, Majin Basayu dan Ismail Din manakala pensyarah SPKAL, Sudin Lada menjaringkan gol tunggal UMSKAL. Turut membarisi pasukan Lavestar ialah bekas pemain lincah negara, Hassan Sani, bekas pemain Sabah, Junaidi...

Dikemaskini pada 10 April 2013 | Azri Onn Othman | Hit:131 | Berita Kampus

Universiti Malaysia Sabah hargai komunit…

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak komuniti Labuan dan Sekolah Sains Informatik Labuan, UMS Kampus Antarabangsa Labuan  (UMSKAL) kerana berjaya mengadakan usahasama dalam khidmat masyarakat buat kali ketiga. Beliau berkata ini adalah indikasi positif untuk UMS sekali lagi mengadakan kerjasama pada masa hadapan bagi mengukuhkan serta menyumbang kepada pembangunan Wilayah...

Dikemaskini pada 08 April 2013 | Azri Onn Othman | Hit:140 | Berita Kampus

Hormati dan jaga imej universiti – Majli…

Penahanan lima pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di Labuan pada 20 Mac lalu sememangnya wajar dan tidak perlu dipertikaikan kerana telah melakukan kesalahan mengikut undang-undang sedia ada. Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMSKAL, Mohd Najib Rubin (gambar) berkata kaedah dan pendekatan yang ditunjukkan oleh pelajar terbabit ini adalah satu langkah yang tidak matang dan efektif. Beliau berkata sebaliknya MPP...

Dikemaskini pada 08 April 2013 | Azri Onn Othman | Hit:255 | Berita Kampus

Dr Harun temui pelajar dan pegawai UMSKA…

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan perjumpaan dengan pelajar dan pegawai UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada Sabtu ini. Sejurus tiba di Lapangan Terbang Labuan dari Kota Kinabalu, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah akan menemui pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) pada pukul 9 pagi. Selepas itu, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Dekan Sekolah Perniagaan...

Dikemaskini pada 08 April 2013 | Azri Onn Othman | Hit:142 | Berita Kampus

Mahasiswa perlu kenali adat resam pendud…

Mahasiswa perlu mengetahui dan mengenali serta mempelajari adat resam penduduk kampung di Wilayah Persekutuan Labuan. Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal berkata mereka sewajarnya mengambil peluang selama berada di menara gading untuk mendekatkan diri dengan masyarakat kampung di 27 buah kampung di wilayah ini. Katanya, mahasiswa yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang menganut pelbagai agama dan bangsa perlu merebut kesempatan...

Dikemaskini pada 03 April 2013 | Azri Onn Othman | Hit:271 | Berita Kampus

UMS Link buka pejabat ke Labuan

Anak syarikat Universiti Malaysia Sabah (UMS), UMS Link Holdings Sdn Bhd akan mengembangkan sayapnya ke Wilayah Persekutuan Labuan dalam tempoh terdekat ini. Pengurus Kanan Kumpulan UMS Link Yusak Yumboris @ Misek berkata pembukaan pejabat di Labuan akan memudahkan syarikat itu menjalankan operasinya pada masa akan datang. Katanya, ia juga akan membantu pelanggannya termasuk golongan pendidik yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan...

Dikemaskini pada 03 April 2013 | Azri Onn Othman | Hit:154 | Berita Kampus

Staf UMSKAL gembira ikuti Kursus Penguru…

Kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) gembira mengikuti Kursus Pengurusan Marah dan Kebijaksanaan Emosi anjuran Bahagian Pentadbiran pada 1 dan 2 April lalu. Kursus dua hari yang diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif Tingkat 11 itu dikendalikan oleh Dekan Pusat Teknologi Komunikasi dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr Huzili Hussin. Antara lain kursus itu menetapkan cara terbaik untuk mengawal...

Dikemaskini pada 03 April 2013 | Azri Onn Othman | Hit:146 | Berita Kampus

Pasukan Ekonomi Kewangan Antarabangsa Ju…

Pasukan Ekonomi Kewangan Antarabangsa (HE22) muncul juara Kejohanan Olahraga peringkat Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (KOKAL) 2013 yang diadakan di Padang UMSKAL baru-baru ini. Naib johan pasukan Kewangan Antarabangsa ((HE19) dan ketiga Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL). Tempat keempat dimenangi pasukan Pemasaran Antarabangsa (HE21), kelima Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir (HE20) dan keenam Kewangan Islam (HE23). Atlet pasukan HE19, Wong Leh Huat...

Dikemaskini pada 29 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:187 | Berita Kampus

Staf UMSKAL laksana Sistem Fail Baharu

Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Sistem Fail Baharu UMS peringkat Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 25 hingga 26 Mac lalu di Palm Beach Resort, Batu Manikar. Bengkel dua hari itu dikendalikan Ketua Seksyen Mel dan Rekod, Jabatan Pendaftar UMS, Mashilla Nilus bersama Penolong Pegawai Tadbir, Seksyen Mel dan Rekod, Junaidah Lamjan. Mashilla yang juga Penolong Pendaftar Bahagian...

Dikemaskini pada 29 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:157 | Berita Kampus

LPPKN anjur ceramah kesihatan untuk staf…

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan ceramah kesihatan untuk kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di Bilik Mesyuarat Eksekutif Tingkat 11, Bangunan Menara universiti itu, kelmarin. Ceramah itu disampaikan oleh Ketua Jururawat, Klinik Nur Sejahtera, LPPKN Labuan, Rohana Jahidi. Turut diadakan pemeriksaan kesihatan yang merangkumi tekanan darah, glukos, kolestrol, BMI dan kaunseling kesihatan. Program anjuran...

Dikemaskini pada 29 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:327 | Berita Kampus

Pelajar SMK Mutiara hadir motivasi di UM…

Seramai 17 pelajar Tingkatan Lima SMK Mutiara telah menghadiri program motivasi di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), kelmarin. Mereka berada di kampus itu untuk melihat sendiri suasana pembelajaran dan pengajaran di universiti sempena program Karnival Aku Mahasiswa Universiti (KMAU) 2013 peringkat UMSKAL. Dekan Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL), Dr Ag Asri Ag Ibrahim yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr...

Dikemaskini pada 29 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:283 | Berita Kampus

Pegawai Sekolah Pertanian Lestari kunjun…

Pegawai Sekolah Pertanian Lestari kunjungi UMSKALPegawai dan kakitangan Sekolah Pertanian Lestari (SPL) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), kelmarin. Menurut Penolong Pendaftar Kanan SPL, Roslan Gimba, lawatan itu bertujuan untuk mempelajari urusan pentadbiran, akademik dan meninjau pembangunan fizikal di Kampus Labuan yang ditubuhkan sejak Mei 1999. Katanya, seramai 15 pegawai dan...

Dikemaskini pada 29 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:167 | Berita Kampus

Dr Ismail : Tumpukan kepada pengajian

Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof. Madya Dr. Ismail Ali (gambar) mengesahkan lima pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan telah ditahan dan disoalsiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Labuan pada 23 Mac 2013 sebelum dibebaskan pada hari yang sama kerana disyaki terlibat dalam pengedaran risalah berunsur hasutan dan menganggu ketenteraman awam. Dalam insiden yang berlaku...

Dikemaskini pada 29 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:178 | Berita Kampus

Muhamad Sayyid dipilih Yang Dipertua Per…

Muhamad Sayyid Hamzah telah dipilih sebagai Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (PMSPKAL), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) untuk sesi 2013/2014. Timbalan Yang Dipertua 1 dan Timbalan Yang Dipertua 2 dimenangi Erlindah Raymond dan Mohd Haiqal Abu Bakar. Jawatan Setiausaha 1 disandang oleh Chew Eva dan Setiausaha 2 pula dipegang oleh Menaga Ramanathan. Yeow...

Dikemaskini pada 29 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:245 | Berita Kampus

Kursus Basic Life Support untuk staf UMS…

Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Kursus Basic Life Support untuk kakitangan UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) selama dua hari pada 19 dan 20 Mac lalu. Kursus dua hari itu dikendalikan Presiden Persatuan Perubatan Kecemasan, Kota Kinabalu, Dr Cheah Phee Kheang yang juga pakar perubatan kecemasan bersama 10 jurulatih yang bertauliah. Seramai 28 kakitangan UMSKAL menghadiri kursus itu yang bertujuan...

Dikemaskini pada 29 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:153 | Berita Kampus

500 pelajar UMSKAL jayakan 1Million Wome…

Program 1Million Women Purple Walk peringkat Wilayah Persekutuan Labuan turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 500 pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Turut menjayakan program yang bermula jam 8 pagi di Dataran Labuan itu ialah pensyarah dan kakitangan universiti. Mereka bersama-sama Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal dan lebih 3,000 wanita menyertai senamseni dan berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer. Dalam ucapannya, Yussof...

Dikemaskini pada 29 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:143 | Berita Kampus

Pelajar dan guru SMK Labuan kunjungi UMS…

Pada 19 Mac 2013 seramai 75 pelajar Pra Universiti, SMK Labuan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Rombongan SMK Labuan itu diketuai Penolong Kanan Pra U, Saminan Sabtu bersama sembilan pensyarah sekolah itu. Ketua Unit Perhubungan Awam yang juga Pensyarah Kanan SPKAL, Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal menyampaikan taklimat mengenai pentadbiran UMSKAL dan Sekolah Perniagaan dan...

Dikemaskini pada 29 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:262 | Berita Kampus

Festival Kesenian Islam tingkat imej UMS…

Festival Kesenian Islam (FKI) 2013 telah membantu mempromosi Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang bertaraf antarabangsa di negara ini. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof Dr Shariff Abdul Kadir Omang Al-Haj berkata melalui penganjuran Festival Kesenian Islam itu nama dan imej UMSKAL bukan sahaja dikenali dalam kalangan penduduk setempat malahan...

Dikemaskini pada 29 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:260 | Berita Kampus

Kakitangan UMSKAL hadiri Bengkel Manual …

Seramai 35 kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghadiri Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) di Bilik Seminar, Bangunan Menara UMSKAL pada 14 – 15 Mac lalu. Bengkel dua hari itu dikendalikan oleh Penolong Pendaftar, Jabatan Pendaftar UMS, Kota Kinabalu, Zainuriah Matnoor. Beliau berkata bengkel itu bertujuan untuk merekodkan semua prosuder dan peraturan untuk dijadikan rujukan rasmi. Katanya,...

Dikemaskini pada 28 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:143 | Berita Kampus

Warga UMSKAL turut hayati Amanat Naib Ca…

Warga Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) turut menghayati Amanat Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah yang berlangsung di Dewan Canselor UMS, 13 Mac 2013. Pendengaran amanat itu dihayati melalui sidang video di Dewan Theatrette yang dihadiri pensyarah, kakitangan dan pelajar bermula pukul 9 hingga 10 pagi. Antara yang kelihatan hadir Penolong Pendaftar Kanan HEP, Musnin Mattersah, Penolong...

Dikemaskini pada 22 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:294 | Berita Kampus

Pengumuman Perdana Menteri perangsang ke…

Teka teki  lebih 1.4 juta anggota penjawat awam, anggota tentera dan polis telah terjawab apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gred gaji baru bagi pegawai dan anggota tentera serta polis untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam Sistem Saraan Baru (SSB). Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII), di Pusat...

Dikemaskini pada 13 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:233 | Berita Kampus

Prof Madya Dr Ismail hadiri Forum Gejala…

Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Ismail Ali menghadiri Forum Isu Gejala Sosial anjuran Jabatan Penerangan Labuan di Dewan Anjung Budaya, Taman Damai, Layang-Layangan pada 26 Februari 2013. Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal. Turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Yunus Kurus dan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Mohd Taib Ubah. Dr Ismail mengambil kesempatan beramah mesra dengan wakil rakyat...

Dikemaskini pada 05 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:537 | Berita Kampus

Pertukaran tempat kerja untuk pengembang…

Satu majlis penyerahan tugas telah dilangsungkan di Bilik Seri Menanti, UMSKAL pada 28 Februari 2013 jam 2.30 petang. Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Pendaftar UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah yang turut menyampaikan salam Pengarah Kampus, Prof Madya Dr Ismail Ali. Zamri berkata pertukaran tempat kerja adalah kehendak perkhidmatan dan organisasi selepas kakitangan tersebut lama bertugas di sesuatu tempat. Katanya, ianya juga untuk mengembangkan kerjaya,...

Dikemaskini pada 04 Mac 2013 | Azri Onn Othman | Hit:400 | Berita Kampus

Pengarah UMSKAL terima kunjungan DPMM La…

Seramai lapan Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Labuan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), kelmarin. Yang Dipertua DPMM Labuan, Datuk Yussof Mohamad mengetuai delegasi DPMM Labuan itu termasuk Datuk Abdol Mulok Awang Damit dan Fauziah Mohd Din. Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Ismail Ali berharap jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak akan diadakan terutama...

Dikemaskini pada 28 Februari 2013 | Azri Onn Othman | Hit:241 | Berita Kampus

17,000 pelajar UMS terima Baucar Buku 1M…

Seramai 17,000 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) daripada dengan peruntukan sebanyak RM4.2 juta. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UMS, Prof Madya Datuk Dr Kassim Md Mansur berkata daripada jumlah itu, 15,000 pelajar merupakan pelajar di Kampus Induk Kota Kinabalu manakala 2,000 pelajar menuntut di UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).  

Dikemaskini pada 27 Februari 2013 | Azri Onn Othman | Hit:403 | Berita Kampus

54 pelajar cemerlang PMR terima pengharg…

Seramai 54 pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 telah menerima penghargaan daripada Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada Majlis Penghargaan Kecemerlangan Pelajar PMR 2012. Majlis penyampaian sumbangan berupa sijil penghargaan dan beg disempurnakan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal di Dewan Theatrette, UMSKAL pada 26 Februari 2013. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif,...

Dikemaskini pada 26 Februari 2013 | Azri Onn Othman | Hit:358 | Berita Kampus

UMSKAL sedia jalin kerjasama dengan DBP …

Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) akan menjalinkan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dalam memartabatkan bidang bahasa dan sastera di Wilayah Persekutuan Labuan. Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Ismail Ali berkata pihaknya akan meminta ahli akademik dan kakitangan serta pelajar menulis bahan yang berkaitan penyelidikan dan pelbagai genre bahasa dan sastera untuk dimuatkan ke dalam bahan...

Dikemaskini pada 26 Februari 2013 | Azri Onn Othman | Hit:256 | Berita Kampus

40 peserta jayakan Kursus Pengurusan Keb…

Seramai 40 peserta menyertai Kursus Pengurusan Kebahagiaan Rumah Tangga di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Tingkat 11, Bangunan Menara, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 21 hingga 22 Februari 2013. Kursus dua hari itu dikendalikan oleh penceramah berpengalaman, Dr Noorhisham Mohd Alwi. Antara pengisian kursus itu termasuk pemilihan dan pengaturan dalam perkahwinan, konsep menerima seadanya dan penyesuaian, produktiviti pejabat dan kebahagiaan rumahtangga,...

Dikemaskini pada 22 Februari 2013 | Azri Onn Othman | Hit:299 | Berita Kampus

Skuad bola sepak UMSKAL akan dirombak

Skuad bola sepak Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) akan dirombak bagi memantapkan lagi pasukan itu pada masa akan datang. Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Ismail Ali berkata rombakan itu perlu dilakukan agar pasukan itu mampu menyaingi pasukan lain di Wilayah Persekutuan Labuan khasnya. Oleh itu, beliau sendiri akan memastikan skuad baru UMSKAL itu akan menggabungkan pemain lama dan baru sesuai...

Dikemaskini pada 20 Februari 2013 | Azri Onn Othman | Hit:423 | Berita Kampus

Yussof terima kunjungan Pengarah UMSKAL

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Mahal telah menerima kunjungan hormat Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof Madya  Dr Ismail Ali di pejabatnya di Tingkat 10, Menara Perbadanan Labuan pada 18 Februari 2013. Menurut Dr Ismail, kunjungan itu adalah untuk menyampaikan maklumat terkini dan perkembangan semasa mengenai pembangunan fizikal dan akademik di universiti itu. Katanya, kedua-dua pihak turut membincangkan...

Dikemaskini pada 18 Februari 2013 | Azri Onn Othman | Hit:396 | Berita Kampus

Ketua Setiausaha Negara rasmi laman ilmu…

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Dato’ Sri Dr Ali Hamsa  telah merasmikan Laman Ilmu Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), di ruang legar universiti itu, pada 8 Februari 2013. Laman ilmu itu menempatkan buku-buku dan hasil kajian dan penyelidikan pensyarah universiti dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan sejarah tempatan. Turut mengiringi beliau ialah Ketua Setiausaha Kememterian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk...

Dikemaskini pada 13 Februari 2013 | Azri Onn Othman | Hit:437 | Berita Kampus

Jawatankuasa Amalan 5S UMS-KAL lawat Kolej Vokasional

Email Cetak PDF

Seramai 16 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Induk dan Ketua Pelaksana Amalan 5S Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kolej Vokasional Labuan (KVL) pada 14 Ogos 2012.

Lawatan itu diketuai Pustakawan Kanan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk 5S UMS-KAL, Baharin Entoh.

Beliau berkata lawatan itu bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman baru di KVL yang telah mendapat Persijilan Amalan 5S daripada MPC pada 18 Mei lalu.

Katanya, melalui lawatan itu Ketua Pelaksana Amalan 5S akan mendapat idea baru untuk digunapakai di UMS-KAL terutama di bahagian pejabat pentadbiran, makmal, kolej kediaman dan kawasan persekitaran.

“ Ketua Pelaksana Amalan 5S UMS-KAL mendapat idea baru mengenai 5S untuk diamalkan di UMS-KAL, “ katanya.

Pengarah Kolej Vokasional Labuan, Siti Muslihah Leeudin menyampaikan taklimat amalan persekitaran 5S kolej berkenaan.

Menurut Siti Muslihah, beliau sangat berbangga dengan kesungguhan dan komitmen warga KVL termasuk staf, pensyarah dan pelajar yang berterusan mengamalkan Amalan 5S itu.

Malah, katanya, ahli keluarga staf dan pensyarah akan membantu mengemas dan membersihkan kawasan pejabat sekaligus membuktikan Amalan 5S turut mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sangat rapat.

Beliau berkata walaupun pihaknya berhadapan dengan pelbagai halangan dan kekangan tetapi semuanya dihadapi dengan sabar sehingga akhirnya mereka memperolehi kejayaan yang diharapkan.

“ Amalan 5S ini perlu diterapkan kepada semua staf dan tenaga pengajar serta pelajar kerana ianya memberikan banyak manfaat dalam membantu meningkatkan prestasi masing-masing, “ katanya.

Tamat.

Facebook

e-Respon

Kampus Induk