Pada 14 Julai 2012 seramai 13 orang kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) telah menghadiri Kursus Pembangunan Diri dan Organisasi Siri 2/2012 di Dewan Kuliah Beta, UMS-KAL.
Kursus yang diadakan pada pukul 9 pagi hingga 5 petang itu dikendalikan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UMS, Masri Judah dan Penolong Pengurus Asrama, Ag Nasip Yunos.
Menurut Masri, kursus itu bagi memastikan kebajikan, motivasi dan pembangunan diri kakitangan dapat disampaikan dengan baik.
Katanya, kursus siri dua akan menyusul kemudian agar hasrat memastikan kakitangan Bahagian Perumahan dan Hal Ehwal Pelajar khasnya dapat mengaplikasikan kemahiran yang dimiliki untuk kebaikan universiti kseluruhannya.
Tambahnya, konsep Neuro-Lingustic Programming (NLP) adalah bidang yang dapat membantu individu dan organisasi bagi memperbaiki diri ke arah kecemerlangan.
Masri berkata penyampaian dan pendekatan NLP ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan yang sentiasa komited untuk meningkatkan prestasi dan potensi kerjaya masing-masing.
Tamat.







