Umat Islam di negara ini akan mula berpuasa 21 Julai ini, demikian menurut pengumuman oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Malaysia, Datuk Syed Danial Syed Ahmad.
Kaedah yang digunakan bagi menetapkan permulaan puasa Ramadan adalah berdasarkan Rukyah (Cerapan Hilal) dan Hisab (Kiraan).
Sementara itu, majlis cerapan anak bulan Ramadan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan diadakan di Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL), pada 19 Julai 2012.
Majlis cerapan itu diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan, Ustaz Sabarudin Hassan.
Tiga lagi Ahli Jawatankuasa majlis itu ialah Timbalan Ketua Bahagian USIA, Haji Abd Rahman Lamudin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Haji Nasir Hj Abd Aziz dan Ketua Unit Falak, Pejabat Mufti, Awangku Bolkizan A Ahmad Thani, merangkap Setiausaha Jawatankuasa Cerapan Anak Bulan.
Tamat.








