Laman Web Rasmi UMS Kampus Antarabangsa Labuan

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • c.jpg
  • d.jpg

Kalendar Acara

Memo

Sebelum Selepas

Tender Baru 2014

Tender Baru 2014

Klik untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini oleh Administrator pada 24 Julai 2014 | Hit:334

1st International Maritime Conference

1st International Maritime Conference

Klik untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini oleh Administrator pada 05 Mac 2014 | Hit:2098

Jadual Kuliah Semester I…

Sila klik untuk semakan Jadual Kuliah Semester I - 2014/2015

Dikemaskini oleh Administrator pada 06 Mei 2014 | Hit:764

Jadual Peperiksaan Semester I -…

Sila klik untuk semakan Jadual Peperiksaan Semester II - 2013/2014

Dikemaskini oleh Administrator pada 07 Mei 2014 | Hit:177

Buletin KAL

Sebelum Selepas

Staf UMSKAL terima kuih raya

Buat julung kalinya sempena Aidilfitri, kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menerima kuih raya sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Mereka menerima bungkusan kuih raya itu daripada Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali di ruang legar Bangunan Menara universiti itu pada 21 Julai 2014. Kuih raya itu disumbangkan pengurusan universiti dengan kerjasama Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita (Kesumba) UMS...

Dikemaskini pada 23 Julai 2014 | Azri Onn Othman | Hit:20 | Berita Kampus

PDRM, Bomba dan JPAM terima kuih raya da…

Tiga pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menerima sumbangan kuih raya daripada Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 21 Julai 2014. Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali menyerahkan kuih-muih tersebut di pejabat pasukan keselamatan berkenaan. Dr Ismail berkata sumbangan kuih itu sebagai tanda terima kasih pihak universiti kepada...

Dikemaskini pada 23 Julai 2014 | Azri Onn Othman | Hit:24 | Berita Kampus

Madrasah Tahfiz Sri Merinding terima sum…

Program Ziarah Ramadan 2014 Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menyampaikan bantuan kepada Madrasah Tahfiz Sri Merinding pada 21 Julai 2014. Rombongan UMSKAL diketuai Penolong Bendahari, Mohd Anuar Abdullah yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali. Sumbangan berupa barang keperluan harian itu diserahkan kepada Pengetua Madrasah tersebut, Haji Arif Aliskah. Madrasah itu mempunyai 30 pelajar yang berumur antara tujuh hingga...

Dikemaskini pada 23 Julai 2014 | Azri Onn Othman | Hit:27 | Berita Kampus

Staf UMSKAL ziarah golongan asnaf

Staf Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menziarahi golongan asnaf sempena program Ziarah Ramadan 2014 di Kampung Durian Tunjong dan Tanjung Aru pada 17 Julai 2014. Pasukan sukarelawan UMSKAL itu membawa barang keperluan harian untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Program tersebut diketuai Pegawai Psikologi, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Nur Iman Reedzal yang mewakili Ketua Bahagian HEP, Sharifah Ismail. Menurut penyelaras...

Dikemaskini pada 17 Julai 2014 | Azri Onn Othman | Hit:37 | Berita Kampus

Pensyarah Fakulti Kewangan Antarabangsa …

Seramai 20 pensyarah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghadiri taklimat akreditasi di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 11, Bangunan Menara universiti itu pada 16 Julai 2014. Taklimat tersebut disampaikan oleh Pengarah Akreditasi, Finance Accreditation Agency (FAA), Dr. Eddy Siong Choy Chong dan Senior Associate, Prem Anand M. Arjunan. Menurut Ketua Program, Perbankan Luar Pesisir Antarabangsa...

Dikemaskini pada 17 Julai 2014 | Azri Onn Othman | Hit:40 | Berita Kampus

Kelab Pengguna Sekolah dan IPTA menerima…

Sebanyak 9 sekolah menengah dan tiga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerima bantuan pengurusan Kelab Pengguna daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Labuan. Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna negeri Labuan, Hajah Fauziah Datuk Mohd Din menyerahkan cek sebanyak RM500 itu pada majlis penyerahan sumbangan untuk penambahbaikan sudut pengguna Kelab Pengguna Sekolah dan Gerakan Pengguna Siswa di Bilik...

Dikemaskini pada 17 Julai 2014 | Azri Onn Othman | Hit:34 | Berita Kampus

UMSKAL ceriakan kanak-kanak di Hospital …

Kanak-kanak yang dirawat di Wad Kanak-Kanak Hospital Labuan ceria dan gembira selepas menerima sumbangan daripada Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 3 Julai. Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali bersama-sama pegawai-pegawai kanan universiti menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada 13 pesakit kanak-kanak di wad tersebut. Beliau yang mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata kunjungan dan...

Dikemaskini pada 04 Julai 2014 | Azri Onn Othman | Hit:65 | Berita Kampus

Warga Universiti Malaysia Sabah rakan te…

Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS), Amat Jutrah Haji Musnih (gambar) bersama staf UMS amat berterima kasih dengan berita pemberian bonus raya berjumlah RM500 dan RM250 untuk semua gred 1 hingga Gred 54 penjawat awam pada 2014 yang diumumkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Amat Jutrah berkata inilah masanya Perdana Menteri Malaysia  memberikan satu penghargaan kepada...

Dikemaskini pada 04 Julai 2014 | Azri Onn Othman | Hit:55 | Berita Kampus

UMSKAL uji pemain badminton menentang KM…

Pasukan badminton Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) mengaadakan perlawanan persahabatan dengan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) pada 27 Jun 2014. Dalam perlawanan yang diadakan di Dewan Mutiara KML itu, kedua-dua pasukan yang dibarisi kakitangan, pensyarah dan pelajar berjaya menunjukkan mutu permainan yang menarik. Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali berkata perlawanan itu diadakan untuk menguji kekuatan anak buahnya sebagai persiapan...

Dikemaskini pada 04 Julai 2014 | Azri Onn Othman | Hit:53 | Berita Kampus

UMSKAL erat persahabatan dengan KML

Perlawanan bola sepak telah mengeratkan hubungan baik antara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dengan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) pada 27 Jun 2014. Dalam perlawanan yang diadakan di Padang KML itu, kedua-dua pasukan yang dibarisi kakitangan dan pensyarah berjaya menunjukkan mutu permainan yang menarik. Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali berkata perlawanan itu diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara...

Dikemaskini pada 02 Julai 2014 | Azri Onn Othman | Hit:50 | Berita Kampus

Staf UMSKAL jalani saringan kesihatan

Program saringan kesihatan anjuran Jabatan Kesihatan Awam mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Sejak jam 9.30 pagi hingga program itu berakhir jam 1 tengah hari, staf akademik dan kakitangan sokongan berduyun-duyun menjalani pemeriksaan di runag legar Bangunan Menara universiti itu. Selepas mengisi borang, staf dikehendaki menyukat ketinggian dan menimbang berat badan serta menjalani kaunseling bersama...

Dikemaskini pada 02 Julai 2014 | Azri Onn Othman | Hit:46 | Berita Kampus

Sabarudin ketua melihat anak bulan Ramad…

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan, Ustaz Sabarudin Hassan mengetuai pasukan melihat anak bulan Ramadan di Tingkat 13, Bangunan Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), pada 27 Jun lalu. Turut menganggotai Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan itu ialah Hakim Mahkamah Syariah, Haji Nasser Abdul Aziz dan Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ahmad Talmizi...

Dikemaskini pada 30 Jun 2014 | Azri Onn Othman | Hit:61 | Berita Kampus

Jakmas UMSKAL jayakan Malam Penghargaan …

Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan Malam Penghargaan 2014 di Hotel Billion Pavillion Waterfront baru-baru ini. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr Ismail Ali. Turut hadir Timbalan Pengarah, Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal, Pengetua Kolej kediaman Alpha, Sarwar E Alam, Pengetua Kolej Kediaman Beta dan Mutiara, Nona Masnie Mohd Nistah, Penolomg Pendaftar Hal...

Dikemaskini pada 30 Jun 2014 | Azri Onn Othman | Hit:60 | Berita Kampus

25 pelajar Kolej Komuniti Sandakan kunju…

Seramai 25 pelajar Kolej Komuniti Sandakan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 13 Jun 2014. Rombongan itu diketuai Ketua Program Kursus Pelancongan dan Pengembara, Junainah Justin dan Mohd Najib Ahmad selaku pelajar kursus tersebut. Selain UMS Labuan, rombongan yang diiringi tiga pensyarah itu turut melawat lokasi menarik dan tempat bersejarah seperti bekas lombong arang...

Dikemaskini pada 13 Jun 2014 | Azri Onn Othman | Hit:93 | Berita Kampus

Konsulat Jeneral China kunjungi pelajar …

Konsulat Jeneral China di Kuching Sarawak, Liu Quan telah mengadakan perjumpaan dengan pelajar antarabangsa dari China yang menuntut di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 13 Jun 2014. Sambil beramah mesra dengan kira-kira 159 pelajar tersebut, beliau mahu mereka belajar bersungguh-sungguh kerana suasana dan persekitaran universiti itu sangat sesuai untuk memperolehi ilmu yang lebih tinggi. Katanya, lawatan Perdana Menteri, Datuk...

Dikemaskini pada 13 Jun 2014 | Azri Onn Othman | Hit:85 | Berita Kampus

UMSKAL jalin kerjasama dengan TH

Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) akan menjalin kerjasama dengan Tabung Haji (TH) melalui pelbagai program yang membabitkan mahasiswa universiti itu. Pegawai Bahagian Hal Ehwal Islam dan Masjid (BHEIM), UMSKAL, Ustaz Junaidi Kepli berkata kedua-dua pihak bersetuju supaya program yang membabitkan mahasiswa akan diutamakan untuk menjayakan program tersebut. Selain itu, beliau yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali berkata...

Dikemaskini pada 13 Jun 2014 | Azri Onn Othman | Hit:80 | Berita Kampus

Bual Bicara Mufti Sabah di UMSKAL

Pejabat Pengarah dan Bahagian Hal Ehwal Islam Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan Program Bual Bicara bersama Sahibul Samah Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Ustaz Aziz@Bungsu Jaafar pada 7 Jun 2014. Program yang berlangsung di Podium B, Bangunan Menara UMSKAL itu dihadiri kira-kira 70 orang yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi universiti itu. Turut hadir Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr....

Dikemaskini pada 13 Jun 2014 | Azri Onn Othman | Hit:83 | Berita Kampus

Pelajar UMSKAL berbakti di Sepulut, Naba…

Dakwah di kawasan pedalaman adalah satu cabaran kepada pendakwah kerana mereka perlu menempuhi segala cabaran, kesusahan dan rintangan demi menyampaikan ajaran Islam. Lantaran untuk mempelajari ilmu berdakwah secara lapangan, Universiti Malaysia Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghantar rombongan pelajar dan kakitangan universiti seramai 14 orang ke Mukim Sepulut, Sabah di bawah bimbingan pendakwah bebas Ustaz Mohd Fadli Yusof dan isteri beliau...

Dikemaskini pada 05 Jun 2014 | Azri Onn Othman | Hit:106 | Berita Kampus

Karnival Kokurikulum serlahkan kreativit…

Karnival Kokurikulum Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menyerlahkan kreativiti pelajar universiti tersebut. Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali berkata pelajar wajar merebut ruang dan peluang yang diberikan pihak universiti dengan membabitkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan. Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Pengarah Program dan seluruh Jawatankuasa Pelaksana pada semester ini yang telah berusaha keras dan penuh...

Dikemaskini pada 05 Jun 2014 | Azri Onn Othman | Hit:103 | Berita Kampus

Dr Ismail hadiri Hari Guru Labuan 2014

Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Prof. Madya Dr. Ismail Ali turut menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2014 di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan Labuan, pada 24 Mei 2014. Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli. Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Mistirine Radin dan Pengerusi Pengelola, Ismail Abdullah. Dalam ucapannya, Rozman yang juga...

Dikemaskini pada 05 Jun 2014 | Azri Onn Othman | Hit:88 | Berita Kampus

Lepasan STPM dipelawa lanjutkan pengajia…

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) tahun 2013 yang diumumkan baru-baru ini telah memperlihatkan peningkatan yang amat memberangsangkan dalam pencapaian para pelajar di setiap negeri yang mengambil peperiksaan tersebut. Di Wilayah Persekutuan Labuan,  keputusan STPM 2013 juga telah menunjukkan peningkatan 10.73% dengan 96.64% pelajar lulus penuh berbanding 85.71%s pada tahun sebelumnya. Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof. Madya Dr....

Dikemaskini pada 05 Jun 2014 | Azri Onn Othman | Hit:88 | Berita Kampus

Mahasiswa UMSKAL lawat Filipina

Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Filipina sempena Program Penerokaan Mahasiswa 2014 pada 23 hingga 29 Mei ini. Program selama lima hari itu merupakan kerjasama antara pelajar Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) dan Kelab Pemasaran Antarabangsa UMSKAL. Timbalan Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal yang juga penyelaras program akan mengetuai delegasi tersebut bersama...

Dikemaskini pada 05 Jun 2014 | Azri Onn Othman | Hit:86 | Berita Kampus

Seminar Pengurusan Kewangan berjalan lan…

Seminar Pengurusan Kewangan Dalam Pendidikan yang diadakan di Podium A, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 10 Mei lalu berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pengarah projek, Mohd Aizam Abdul Rahim berkata seminar itu bertujuan untuk menerapkan kefahaman melalui pendedahan kepada undang-undang,  prosedur dan isu-isu di dalam pengurusan kewangan sekolah. Katanya, seminar sehari itu juga untuk meningkatkan kompetensi menangani isu-isu yang dibangkitkan...

Dikemaskini pada 05 Jun 2014 | Azri Onn Othman | Hit:92 | Berita Kampus

Program motivasi Amin Idris dapat sambut…

Program motivasi bersama personaliti televisyen Alhijrah, Amin Idris mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar di Wilayah Persekutuan Labuan. Seramai 587 peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL iaitu seramai 223, agensi kerajaan dan swasta (23), pelajar sekolah menengah (246) dan orang awam (95) menjayakan program tersebut di Dewan Kuliah 1, Kompleks Dewan Kuliah...

Dikemaskini pada 05 Jun 2014 | Azri Onn Othman | Hit:88 | Berita Kampus

Sukan golf eratkan UMSKAL dan JASRA Brun…

Perlawanan sukan golf antara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dengan JASRA Sdn Bhd telah mengeratkan persahabatan antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia yang diwakili UMSKAL sebagai duta Wilayah Persekutuan Labuan. Rombongan UMSKAL diketuai Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan Timbalannya, Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal. Turut mewakili pasukan golf UMSKAL ialah Mohd Azrie Ag Tanjong, Abdul Kamal Char, Gabriel Moinjil,...

Dikemaskini pada 14 Mei 2014 | Azri Onn Othman | Hit:211 | Berita Kampus

UMSKAL jalin kerjasama dengan JASRA dan …

Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan jalinan kerjasama dengan JASRA Sdn Bhd dan Royal Brunei Airlines sempena lawatan kerja universiti itu ke negara Brunei Darussalam pada 12 – 14 Mei lalu. Lawatan sambil belajar selama tiga hari itu diketuai Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali (gambar) bersama timbalannya, Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal. Turut menyertai rombongan UMSKAL ialah tiga...

Dikemaskini pada 14 Mei 2014 | Azri Onn Othman | Hit:171 | Berita Kampus

Gunakan strategi kelautan dalam menangan…

Sejak mencapai kemerdekaan dan menjadi sebuah negeri merdeka melalui pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963 hingga kini, namun persoalan keselamatan terutamanya yang melibatkan  kawasan perairan  Sabah nampaknya terus menjadi isu negara dan seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya. Walaupun pelbagai usaha dan pendekatan untuk menanganinya telah dilaksanakan oleh kerajaan namun isu dan persoalan keselamatan di kawasan perairan terutamanya di pantai timur Sabah nampaknya...

Dikemaskini pada 14 Mei 2014 | Azri Onn Othman | Hit:109 | Berita Kampus

Jakmas UMSKAL anjur Program “Green Envir…

Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan program “Green Environment Towards Healthy Life” 2014. Ketua Penyelaras Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMSKAL, Dr. Mohd Azrie Ibrahim merasmikan program tersebut di Dewan Utama, Ahad lalu. Turut hadir Penyelaras Program, Ruth S. Siganul,  Exco Akademik, Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian, Jakmas, Yong Zong Xian dan Pengarah Program, Ricadonna...

Dikemaskini pada 14 Mei 2014 | Azri Onn Othman | Hit:125 | Berita Kampus

Pasukan kayak UMSKAL raih 10 tempat terb…

Pasukan kayak Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menduduki 10 tempat terbaik pada Cabaran Kayak Mengelilingi Pulau Labuan sempena Cabaran Sukan Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2014. Pasangan campuran, Rizalman Judin dan Siti Fairus Rosman menduduki tempat ke-8 manakala Mohd Nazri Suin dan Sharin Puasa di tempat ke-9. Dengan kemenangan itu, pasangan Rizalman meraih RM800, medal dan sijil penyertaan manakala...

Dikemaskini pada 06 Mei 2014 | Azri Onn Othman | Hit:148 | Berita Kampus

UMS komited dengan Regatta Lepa-Lepa

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membabitkan diri dalam Regatta Lepa-Lepa Semporna sejak 2010. Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata penglibatan itu sebagai tanda komitmen UMS dalam memartabatkan kebudayaan dan kesenian suku kaum di Sabah. Katanya, ianya juga memberi peluang kepada para pelajar UMS terutamanya dari Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan untuk berkongsi kebudayaan. “ UMS akan...

Dikemaskini pada 06 Mei 2014 | Azri Onn Othman | Hit:169 | Berita Kampus

Asas Pembudayaan Keusahawanan uji kreati…

Program Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) 2014 mampu menguji daya kreativiti pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).. Penyelaras Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMSKAL, Dr. Mohd Azri Ibrahim berkata pelajar berusaha gigih untuk menarik lebih ramai pelanggan melalui jualan produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Katanya, pelajar Tahun Dua yang terbabit dengan program itu diberi peluang belajar cara berniaga yang...

Dikemaskini pada 06 Mei 2014 | Azri Onn Othman | Hit:186 | Berita Kampus

Bahagian Kewangan mudahkan pelajar bayar…

Bahagian Kewangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) mengambil inisiatif mengadakan Kempen Jom Bayar Yuran Siri 1/2014. Menurut Penolong Bendahari, Mohd Nazir Ab Manan, kempen yang diadakan di ruang legar Bangunan Menara UMSKAL itu berlangsung tiga hari pada 22 – 24 April lalu. Katanya, kempen itu bertujuan untuk memudahkan pelajar membayar yuran secara tunai tanpa perlu berurusan di pejabat di tingkat...

Dikemaskini pada 24 April 2014 | Azri Onn Othman | Hit:188 | Berita Kampus

Closing Business and IT Festival

Participants of Business Plan and Case Analysis competition presented their plan and result of the analysis in front of the internal and external judges. There were 19 and 15 teams participated in Business Plan and case analysis competition respectively. Each team consists of 3 student members and 1 moderator from academician. Forum discussion (Talk Show) was taken in place on 20th April,...

Dikemaskini pada 24 April 2014 | Azri Onn Othman | Hit:169 | Berita Kampus

Pelajar UMSKAL tonjolkan kebudayaan Indi…

Malam Kebudayaan India (ICN) 2014, anjuran pelajar India Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) merupakan platform terbaik pelajar India menonjolkan kebudayaan mereka kepada masyarakat lain di Wilayah Persekutuan Labuan. Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan berkata semangat pelajar India menganjurkan malam budaya itu bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan lebih rapat dalam kalangan masyarakat India sendiri tetapi juga...

Dikemaskini pada 22 April 2014 | Azri Onn Othman | Hit:251 | Berita Kampus

Mahasiswa jayakan tahlil Ulang Tahun UMS…

Mahasiswa dan mahasiswi telah menjayakan majlis doa selamat dan tahlil serta bacaan Yaasin sempena Ulang Tahun Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Ke-15 di Masjid Al-Hikmah pada 17 April 2014. Program itu dianjurkan Bahagian Pentadbiran dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Islam dan Masjid (BHEIM). Turut diadakan tazkirah oleh Pegawai Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Labuan, Ustaz Muhd Tahir Juan. Hadir...

Dikemaskini pada 22 April 2014 | Azri Onn Othman | Hit:169 | Berita Kampus

Geoffrey lancar ICN UMSKAL

Timbalan Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal telah melancarkan Indian Culture Nite (ICN) 2014 pada 16 April 2014. Majlis pelancaran yang diadakan di ruang legara Bangunan Menara universiti itu dimeriahkan dengan persembahan tarian dan nyanyian pelajar India yang menghiburkan tetamu dan pelajar lain. Turut diadakan pameran adat dan budaya serta pakaian tradisional dan makanan masyarakat India...

Dikemaskini pada 22 April 2014 | Azri Onn Othman | Hit:151 | Berita Kampus

UMSKAL Team B Juara Tarik Tali Umno Sung…

Pasukan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Team B muncul juara Kejohanan Tarik Tali Jemputan Karnival Sukan Kampung Sungai Bedaun 2014. Kejohanan anjuran Umno Cawangan Sungai Bedaun itu diadakan di kawasan lapang Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun pada 12 April 2014. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias yang mewakili Ketua Umno Labuan, Datuk Rozman...

Dikemaskini pada 22 April 2014 | Azri Onn Othman | Hit:200 | Berita Kampus

Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir …

Kontinjen Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir (HE20) muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (Kokal) 2014. Kontinjen itu memperolehi 9 emas, 4 perak dan 3 gangsa, kedua Ekonomi Kewangan Antarabangsa HE22 (5-8-7) dan ketiga Pemasaran Antarabangsa HE21 (6-4-6). Tempat keempat Sekolah Sains Informatik Labuan (2-2-5), kelima Kewangan Islam HE23 (3-1-5) dan keenam Kewangan Antarabangsa HE19 (1-3-4)....

Dikemaskini pada 22 April 2014 | Azri Onn Othman | Hit:174 | Berita Kampus

Sukan bola tampar eratkan staf Pentadbir…

Kakitangan Bahagian Pentadbiran / Pejabat Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan perlawanan bola tampar persahabatan dengan Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL), di gelanggang bola tampar universiti itu pada 10 April 2014. Pasukan Pentadbiran diketuai Penolong Pendaftar, Taufek Abd Latif manakala SSIL diterajui Dekannya, Prof. Madya Dr. Ag Asri Ag Ibrahim. Antara yang menganggotai pasukan Pentadbiran ialah Penolong Pendaftar,...

Dikemaskini pada 14 April 2014 | Azri Onn Othman | Hit:224 | Berita Kampus

Bahagian Kewangan UMSKAL kendali Kursus …

Bahagian Kewangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabanga Labuan (UMSKAL) mengendalikan Kursus Bayaran, Elaun dan Tuntutan pada 9 – 10 April 2014. Kursus dua hari itu dikendalikan Penolong Bendahari, Mohd Nazir Ab Manan di Bilik Seminar, Bangunan Menara UMSKAL. Seramai 60 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan sokongan menghadiri kursus tersebut. Mohd Nazir berharap kursus tersebut memberi manfaat kepada kakitangan UMSKAL yang banyak...

Dikemaskini pada 09 April 2014 | Azri Onn Othman | Hit:197 | Berita Kampus

Kontinjen 1KAL bertekad juara kali ketig…

Kontinjen Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) bertekad mahu mengekalkan kejuaraan Kejohanan Sukan Staf UMS kali ketiga berturut-turut pada tahun depan. Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali berkata hasrat itu tidak mustahil untuk dicapai berikutan prestasi terbaik kontinjen itu pada dua musim sebelum ini. Katanya, kontinjen itu yang lebih dikenal sebagai 1KAL muncul juara pada 2013 dan 2014 di Kejohanan...

Dikemaskini pada 07 April 2014 | Azri Onn Othman | Hit:173 | Berita Kampus

AJK Gerakan Pengguna Siswa UMSKAL berkam…

Seramai 45 pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) akan mengadakan aktiviti ‘ Anganad Camp At Mabul ‘ Semporna pada 4 hingga 10 April ini. Mereka yang terdiri daripada 18 pelajar lelaki dan 27 perempuan itu merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UMSKAL. Program yang bertemakan ‘ Study While Relaxing ‘ di Pulau Mabul itu dianjurkan GPS dengan kerjasama...

Dikemaskini pada 03 April 2014 | Azri Onn Othman | Hit:213 | Berita Kampus

110 pelajar sekolah menengah jayakan Kar…

Seramai 110 pelajar sekolah menengah telah menjayakan program Karnival Aku Mahasiswa Universiti (KAMU), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 2 April 2014. Program anjuran Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UMSKAL itu dijayakan pelajar Tingkatan 5 dan 6 SMK Labuan, SMK Pantai, SMK Lajau dan SMK Mutiara. Majlis perasmian disempurnakan oleh Penolong Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Fadzli Sarudi yang mewakili Pengarah...

Dikemaskini pada 03 April 2014 | Azri Onn Othman | Hit:203 | Berita Kampus

Pelajar cemerlang SPKAL terima Anugerah …

Seramai 150 pelajar cemerlang Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menerima anugerah pada Majlis Anugerah Dekan Semester I Sesi 2013/2014 di Hotel Billion Pavillion, pada 31 Mac 2014 Semua anugerah disampaikan oleh Dekan SPKAL, Prof. Madya Dr. Syed Nasirin Syed Zainol Abidin. Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah UMSKAL, Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal yang...

Dikemaskini pada 02 April 2014 | Azri Onn Othman | Hit:314 | Berita Kampus

276 pelajar UMS terbabit dengan Kursus P…

Seramai 276 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terbabit dengan Kursus Pengurusan Organisasi Pelajar (KPOP) 2014. Penyelaras Program, Norhana Nordin berkata peserta tersebut menyertai KPOP di UMS Kota Kinabalu, UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan Sekolah Pertanian Lestari (SPL), Kampus Sandakan sepanjang bulan Mac. Katanya, Kursus Pengurusan Organisasi Pelajar adalah difokuskan kepada pelajar-pelajar Universiti yang berminat untuk menyertainya. Ianya lebih terbuka kepada badan-badan pelajar seperti...

Dikemaskini pada 25 Mac 2014 | Azri Onn Othman | Hit:216 | Berita Kampus

200 pelajar UMSKAL jayakan Program Jejak…

Seramai 200 pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menjayakan Program Jejak Sejarah Labuan 2014. Program yang dianjurkan bersama UMSKAL dan Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan (JMM Wilayah Labuan) itu dihadiri Pustakawan Kanan UMSKAL, Baharin Entoh yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali. Turut hadir Pengarah JMM Wilayah Labuan, Sitti Rabia Abd. Rahman dan Penyelaras Program, Mohd Fadzli...

Dikemaskini pada 25 Mac 2014 | Azri Onn Othman | Hit:190 | Berita Kampus

Tun Zaki kunjungi warga UMSKAL

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi mengadakan lawatan kerja sehari ke UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Selasa lalu. Sepanjang berada di sini, beliau diiringi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Sharif Abdul Kadir Omang Al-Haj dan Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali yang turut menyampaikan taklimat pentadbiran dan...

Dikemaskini pada 13 Mac 2014 | Azri Onn Othman | Hit:262 | Berita Kampus

Taklimat Perbankan Islam dapat sambutan …

Taklimat Perbankan Islam (Pengurusan Kewangan Individu) “ Generasi Y Cabaran Masa Depan “ mendapat sambutan yang menggalakkan. Program anjuran Bahagian Sumber Manusia, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dengan kerjasama Bank Islam Labuan diadakan pada 7 Mac di Podium A, Bangunan Menara, universiti itu. Pengurus Kanan, Bahagian Banking Pengguna, Bank Islam Malaysia Berhad, Ismail Taib menyampaikan taklimat tersebut. Turut hadir Pengurus Bank...

Dikemaskini pada 13 Mac 2014 | Azri Onn Othman | Hit:193 | Berita Kampus

UMS utamakan keselesaan pelajar di kolej…

Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa komited untuk mengutamakan keselesaan pelajar di kolej kediaman di Kota Kinabalu dan di UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UMS, Prof. Madya Datuk Dr. Kasim Md Mansur berkata pihaknya akan memastikan kolej kediaman pelajar berada dalam keadaan selesa dari segi keselamatan, kebersihan dan keceriaan. Katanya, UMS juga akan berusaha untuk...

Dikemaskini pada 13 Mac 2014 | Azri Onn Othman | Hit:246 | Berita Kampus

Malam Ang Pau UMSKAL 2014 meriah

Malam Ang Pau (APN) 2014 Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) berlangsung dengan meriah dan menarik. Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan Labuan, malam Sabtu lalu dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Yunus Kurus merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan. Turut hadir isteri Yunus, Datin Dg Pungut Abd Jalil, Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali, Steven...

Dikemaskini pada 13 Mac 2014 | Azri Onn Othman | Hit:282 | Berita Kampus

Kerani Fail UMSKAL ikuti Kursus Pengurus…

Seramai 45 kakitangan bukan akademik Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengikuti Kursus Pengukuhan Pengurusan Sistem Klasifikasi Fail Baharu dan Pengurusan Rekod di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 11, Bangunan Menara universiti itu pada 27 – 28 Februari lalu. Mereka terdiri daripada kerani fail dan pegawai rekod di 16 Bahagian di UMSKAL serta kakitangan yang berminat untuk mendalami kursus berkenaan. Kursus...

Dikemaskini pada 13 Mac 2014 | Azri Onn Othman | Hit:248 | Berita Kampus

60 mahasiswa UMSKAL jayakan Kursus Pengu…

Seramai 60 mahasiswa yang terdiri daripada pemimpin badan-badan berdaftar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menjayakan Kursus Pengurusan Organisasi Pelajar 2014. Kursus anjuran Unit Rekod dan Latihan Pelajar, Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), UMS Kota Kinabalu itu diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif Aras 11, Bangunan Menara UMSKAL pada 21 – 22 Februari lalu. Timbalan Naib Canselor (HEP...

Dikemaskini pada 26 Februari 2014 | Azri Onn Othman | Hit:239 | Berita Kampus

UMSKAL anjur Ang Pau Night 1 Mac

Universiti Malaysia Sabah Kampus, Antarabangsa Labuan (UMSKAL) akan mengadakan program tahunan “Ang Pau Night” di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan pada 1 Mac  bermula pada jam 7:00 malam. Tahun 2014 ini adalah tahun kuda, justeru itu, tema Malam Ang Pau tahun ini adalah Yi Ma Qian Yuan. Penyelaras APN, Ooi Ai Yee dan Teong Khan Vun akan memantau dan menyelaras pelajar UMSKAL untuk...

Dikemaskini pada 26 Februari 2014 | Azri Onn Othman | Hit:261 | Berita Kampus

UMSKAL Juara Keseluruhan

Kontingen Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Staf UMS Ke-14 2014 yang berlangsung di Kota Kinabalu pada 13 – 16 Februari lalu. Kontingen itu yang diketuai Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Ismail Ali meraih 9 pingat emas, 5 perak dan 3 gangsa untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki tahun lalu. Empat pingat emas diperolehi melalui acara...

Dikemaskini pada 26 Februari 2014 | Azri Onn Othman | Hit:272 | Berita Kampus

30 penjawat awam dengar taklimat Cuepacs…

Pada 13 Februari 2014 telah berlangsung taklimat perkhidmatan awam di Bilik Seminar, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang dihadiri kira-kira 30 penjawat awam. Taklimat tersebut disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Agung 1 Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat dan Timbalan Setiausaha Agung II, Abdul Rahman Haji Mohd Nordin. Program anjuran Kesatuan Kakitangan Am UMS (Kekaumas) itu turut...

Dikemaskini pada 14 Februari 2014 | Azri Onn Othman | Hit:248 | Berita Kampus

Rencana - UMS komited kaji komuniti Baja…

Pada hari ini, isu dan persoalan berhubung keberadaan dan status  kerakyatan suku kaum Bajau Laut nampaknya masih lagi menjadi antara  agenda besar kepada kerajaan Sabah dan Persekutuan dalam menangani isu pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri ini. Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof. Madya Dr. Ismail Ali (gambar) berkata isu dan persoalan ini menjadi bertambah rumit untuk...

Dikemaskini pada 10 Februari 2014 | Azri Onn Othman | Hit:315 | Berita Kampus

UMSKAL intai tiga tempat terbaik

Kontinjen Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) mengintai tiga tempat terbaik di Kejohanan Sukan Staf UMS ke-14 Fasa 2 di Kota Kinabalu pada 13 hingga 16 Februari ini. Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Ismail Ali berkata harapan itu mampu dicapai melalui gandingan atlet lama dan baru yang akan menggalas cabaran kontinjen tersebut. Beliau juga menaruh keyakinan atlet UMSKAL yang akan menyarung...

Dikemaskini pada 10 Februari 2014 | Azri Onn Othman | Hit:218 | Berita Kampus

Kontinjen UMSKAL raih empat emas Sukan S…

Kontinjen Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) meraih empat pingat emas dan tiga perak daripada sembilan acara yang dipertandingkan di Kejohanan Sukan Staf UMS Ke-14 Fasa 1 pada 25 hingga 26 Januari 2014. Kelebihan sebagai tuan rumah membolehkan atlet UMSKAL memenangi acara kayak, badminton, bola tampar wanita dan dart. Kontinjen 1KAL turut meraih tempat kedua dalam acara bola sepak pantai lelaki...

Dikemaskini pada 27 Januari 2014 | Azri Onn Othman | Hit:312 | Berita Kampus

Pegawai UMSKAL perlu jalankan tugas deng…

Pegawai dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dinasihatkan supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna. Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Ismail Ali berkata apabila pegawai dan kakitangan diberi tugas, mereka sewajarnya menjalankan dengan penuh komitmen supaya hasrat dan matlamat universiti akan tercapai. Katanya, semua pegawai mempunyai peranan yang penting untuk menjaga nama baik universiti walau di mana...

Dikemaskini pada 23 Januari 2014 | Azri Onn Othman | Hit:303 | Berita Kampus

UMS-KAL sedia bekerjasama dengan Muzium …

Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) sedia bekerjasama dengan Jabatan Muzium Wilayah Persekutuan Labuan termasuk mengadakan seminar berkaitan sejarah negara dan Labuan. Pengarah UMS-KAL, Prof Madya Dr Ismail Ali berkata melalui seminar dan lawatan ke tapak bersejarah akan mendekatkan pelajar dan kakitangan dengan bahan dan artifak bersejarah mengenai negara dan Labuan amnya. Katanya, pihak Muzium Labuan boleh menyediakan bahan untuk dipamerkan...

Dikemaskini pada 23 Januari 2014 | Azri Onn Othman | Hit:229 | Berita Kampus

UMSKAL tuan rumah Sukan Staf UMS Fasa 1 …

Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menjadi tuan rumah Kejohanan Sukan Staf UMS ke-14 Fasa 1 pada 24 hingga 26 Januari ini. Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Ismail Ali berkata seramai 800 atlet dan pegawai yang mewakili lapan kontinjen akan bersaing di kejohanan tiga hari itu. Katanya, lapan kontinjen itu ialah Royal Esteem, D’Arts, Hercules, Twin Tower, D’Six, SPL Eagles, Science...

Dikemaskini pada 21 Januari 2014 | Azri Onn Othman | Hit:451 | Berita Kampus

Kerajaan komited bangunkan pendidikan di…

Kerajaan Pusat sentiasa komited dan memberi tumpuan untuk membangunkan sektor pendidikan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Setiausaha Bahagian Pembangunan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Mahamed Hussain berkata kerajaan melalui kementerian akan terus membangunkan sektor pendidikan bagi manfaat rakyat di seluruh negara termasuk Sabah dan Labuan. Katanya, selaras dengan kepesatan pembangunan negara menuju negara maju pada 2020, Sabah dan...

Dikemaskini pada 17 Januari 2014 | Azri Onn Othman | Hit:346 | Berita Kampus

UMS komited bangunkan pendidikan di Saba…

Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan program Amal Strategi Lautan Biru di Dewan Siulan Bayu, Sekolah Kebangsaan Muhibbah, Kudat pada 11 Januari 2014. Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata program itu diadakan sempena Ulang Tahun UMS ke-20 iaitu sejak ia ditubuhkan pada 1994. Katanya, UMS sentiasa komited membantu membangunkan pendidikan di Sabah khususnya kawasan luar bandar. Sementara itu, Pengarah UMS,...

Dikemaskini pada 17 Januari 2014 | Azri Onn Othman | Hit:272 | Berita Kampus

Kakitangan UMSKAL hadiri majlis ilmu

Bahagian Hal Ehwal Islam dan Masjid Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan program Santapan Rohani Siri 1/2014 sempena sambutan Maulidur Rasul 2014 di bilik kuliah, Podium C Bangunan Menara universiti itu pada 13 Januari 2014. Ceramah yang bertajuk Nabi Muhammad SAW Sebagai Idola Umat Islam itu disampaikan oleh Eksekutif Kanan, Pusat Pungutan Zakat Labuan, Ustaz Ahmad Sharizal Mohd...

Dikemaskini pada 16 Januari 2014 | Azri Onn Othman | Hit:206 | Berita Kampus

Facebook

e-Respon

Kampus Induk