Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) telah mula beroperasi pada bulan Mei 1999 dengan pengambilan pelajar kumpulan pertama seramai 356 orang. FKAL menawarkan 5 program Sarjana muda dalam bidang-bidang Kewangan Antarabangsa, Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir, Pemasaran Antarabangsa, Ekonomi Kewangan Antarabangsa dan Kewangan Islam. Halatuju program-program akademik FKAL ialah ke arah mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang berperspektif global dan setanding dengan institusi-institusi lain di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, dalam unjuran enrolmen bagi 10 tahun akan datang, dijangkakan 20% daripada pelajar-pelajar FKAL merupakan pelajar-pelajar dari luar negara. FKAL bertekad untuk melahirkan tenaga pakar terlatih dalam bidang pengurusan perniagaan antarabangsa. Fokus pengajaran dan pembelajaran di FKAL ialah pengurusan perniagaan global yang berteraskan kepada teori dan amalan semasa serta disokong oleh kemahiran aplikasi teknologi maklumat dan multimedia.

Aras 3, Bangunan Menara, UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Jalan Sungai Pagar, W. P. Labuan.
Tel: 087 - 598128 / 460486  
Faks: 087 - 460477
IP Phone: 614306 (Pejabat) / 614304 (Kaunter)