Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1994. Tujuan penubuhan adalah untuk menawarkan kursus-kursus teras dan universiti kepada semua pelajar daripada pelbagai sekolah di UMS. Pusat ini ditubuhkan dengan harapan untuk merealisasikan misi dan visi UMS, iaitu ke arah melahirkan pelajar yang berketrampilan dan seimbang dalam semua bidang pengajian.

PPIB digerakkan daripada misi universiti yang berpaksikan dua tujahan penyelidikan. Kedua-dua tujahan penyelidikan berkenaan adalah dengan mempelopori usaha-usaha pelaksanaan dan penyelarasan dalam bidang:

  • Penyelidikan Campuran melalui Persatuan Penyelidikan Campuran.
  • Penyelidikan Integrasi yang berfokus kepada bahasa dan linguistik,hubungan etnik (tumpuan dalam etnik Borneo), etika, ketamadunan, sejarah, pengajian Islam dan kemahiran insaniah
Aras 6, UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Jalan Sungai Pagar, W. P. Labuan.
Tel: 087 - 460407
Faks: 087 - 465159