LABUAN : Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan Labuan (YPL) yang baru ditubuhkan pada tahun ini.

Jawatan Pengerusi YPL pula disandang oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

 

Turut menganggotai yayasan itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah ialah Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Yunus Kurus, Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base (ASB), Datuk Harris Anuar Tan dan Setiausaha Politik Menteri Wilayah, Mohd Rafi Alli Hassan yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Labuan.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Nadzri Osman, Timbalan Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Haji Bashir Alias dan Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Mistirine Radin.

Mesyuarat pertama YPL yang dipengerusikan Tengku Adnan diadakan di Dorsett Grand, Sabtu lalu.

Sementara itu, semasa lawatannya ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 28 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pemberian dana sebanyak RM2 juta kepada Yayasan Pendidikan Labuan untuk meningkatkan pembangunan modal insan di pulau ini.