LABUAN – Ustazah Nor Aqibah Zakariah dari Cawangan Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah berkongsi ilmu mengenai kelebihan solat pada program Bicara Ilmu di Bilik Kuliah Podium D, Bangunan Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 17 Jun 2016.

Program Bicara Ilmu yang dikendalikan Seksyen Hal Ehwal Islam dan Masjid itu turut dihadiri Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Mohd Khairul Isham Abdul Latif dan kira-kira 100 kakitangan.

Ustaz Khairul berharap majlis itu akan memberi manfaat kepada warga universiti yang terdiri daripada kakitangan pelaksana dan pensyarah UMSKAL.

Katanya, program seperti itu akan diteruskan bagi mengimarahkan bulan Ramadan pada tahun ini.