LABUAN – Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik telah menerima kunjungan hormat Professor Hiroyuki lida dari Japan Advanced Institute of Science and Technology di pejabatnya di Aras 13, Bangunan Menara, kelmarin.

Turut hadir Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik FKI, Prof Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim dan Timbalan Dekan, Dr Zamhar Iswandono.

Prof Hiroyuki turut mengadakan perbincangan dengan pensyarah FKI di Bilik Mesyuarat Seminar, kelmarin.

Manakala pada hari Khamis lalu, beliau menyampaikan ceramah umum dan berkongsi ilmu bersama pelajar FKI di Podium A, Bangunan Menara.

Dr Murnizam berharap perkongsian ilmu itu dapat menambah semangat pensyarah dan pelajar untuk meningkatkan imej FKI di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Saya mengalu-alukan perkongsian ilmu dengan pensyarah dari dalam dan luar untuk meningkatkan bidang akademik di UMSKAL amnya,”katanya.