LABUAN – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching telah mengadakan perjumpaan dengan staf dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 29 April 2016.

Beliau yang julung-julung kalinya melawat UMSKAL menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi di Bilik Kuliah D, Bangunan Menara universiti tersebut, petang kelmarin.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMS, Prof Madya Dr Ismail Ali dan Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik.

Hadir sama Timbalan Pengarah, Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal, Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Prof Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim, dan Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah.

Terdahulu ketibaan beliau disambut tarian tradisional oleh pelajar UMSKAL dan meninjau pemandangan menarik Wilayah Persekutuan Labuan dari Aras 13, Bangunan Menara universiti itu.

Pada sebelah malam, Mary Yap menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Mahasiswa UMSKAL di Dewan Kuliah Pusat 1 (DKP).

Selain beramah mesra, beliau mengadakan sesi soal jawab dan dialog bersama warga UMSKAL.

Sebagai tanda kenang-kenangan, Mary Yap menanam pokok manggis di pekarangan universiti tersebut.

Kira-kira 290 kakitangan akademik dan bukan akademik serta 700 mahasiswa menghadiri program tersebut.