LABUAN –Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching telah mengadakan perlawanan golf persahabatan dengan pegawai kanan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di Labuan International Golf Club (LIGC), Kiamsam, Sabtu lalu.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMS, Prof Madya Dr Ismail Ali, Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Halik dan Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah.

Beliau yang julung-julung kalinya melawat UMSKAL turut mengadakan perjumpaan dengan kakitangan akademik dan kakitangan pentadbiran serta mahasiswa universiti tersebut pada Jumaat.

Perlawanan golf itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan baik yang terjalin antara Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dengan pengurusan kanan UMSKAL.