LABUAN – Ketua Penolong Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Sukri Abdul Ghani mengetuai Majlis Melihat Anak Bulan Ramadan 1437H di Tingkat 13, Bangunan Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 5 Jun 2016.

Umat Islam mula menunaikan ibadah puasa pada Isnin selepas pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Turut menganggotai Ahli Jawatankuasa (AJK) tersebut ialah Hakim Mahkamah Syariah, Mohd Fazil Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Sabarudin Hasan dan Pengarah Ukur dan Pemetaan, Shaffri Baudi.

Selain itu, Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ahmad Saifuddin Haji Md Tahir dan Tokoh Agama, Haji Abdul Rahman Lamudin.

Sempena majlis itu, mahasiswa UMSKAL dan murid sekolah turut mengambil peluang untuk merasai sendiri Majlis Melihat Anak Bulan 2016.

Rata-rata mereka teruja kerana pertama kali diberi ruang dan peluang oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.