LABUAN – Seramai 25 peserta telah menyertai Kursus Ethics For Academicians di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), pada 14 Julai 2016.

Mereka terdiri daripada Pensyarah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).

Kursus sehari anjuran Jabatan Pendaftar UMS itu dikendalikan Prof Dr Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa dari Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan UMS.

Beliau mahu pensyarah mengetahui hak mereka sebagai ahli akademik, memahami peraturan dan etika ktika menghadiri majlis rasmi UMS, ketika berhadapan dengan pelajar dan etika dalam kerjaya.

Selain itu, ahli akademik wajib mematuhi peraturan ketika menjalankan tugas, menghadiri mesyuarat dan persidangan serta mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebagai pensyarah.

Turut menyertai kursus yanag diadakan di Bilik Seminar dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang itu ialah Dekan FKAL, Dr Hanudin Amin.