KOTA KINABALU - Seramai 10 orang ahli Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (Kekaumas) dan seorang Jurutera Mekanikal daripada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Universiiti Malaysia  Sabah akan mewakili UMS ke Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif (K.I.K) Peringkat Universiti Awam Malaysia yang akan diadakan di Universiti Malaysia Terengganu minggu depan.

Pertandingan yang akan berlangsung pada 3-4 Ogos 2016 itu diketuai oleh Penolong Jurutera Awam, Firdaus Anson yang akan dibantu oleh Penolong Jurutera Mekanikal sebagai Setiausaha, Sophian Abdul Ghani.

Kumpulan yang diberikan nama DA’E Solution akan bertolak ke Terengganu pada hari ini (2 Ogos 2016) telah diterajui oleh Pengarah Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan, Kamisah Husin selaku Penaung manakala Hazwan Hassan pula diberikan peranan sebagai Fasilitator.

Presiden Kekaumas, Amat Jutrah Haji Musnih mengucapkan tahniah dan syabas kepada kumpulan DA’E Solution dan berharap akan mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam pertandingan berkenaan dan sekali gus melakar nama UMS dalam pertandingan KIK itu.

Firdaus Anson ketika ditemui berkata, Kumpulan DA’E Solution telahpun memulakan persediaan yang rapi agar semasa pertandingan tidak ada kekurangan dan kesilapan.

Dalam pertandingan K.I.K anjuran MPC Peringkat  Wilayah Sabah bulan Mac tahun 2015 dan Peringkat Wilayah Sabah bulan Ogos tahun 2016, DA’E Solution telah dianugerahkan Pingat Emas di bahagian Teknikal.

Katanya, pasukan Da’e Solution optimis akan memberikan saingan yang terbaik dalam kalangan 20 Universiti Awam Malaysia dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.

“Kita mengakui lebih ramai kumpulan yang menyertai pertandingan tentunya mempunyai kekuatannya tersendiri dan perkara berkenaan bukan menjadi satu masalah di dalam sesuatu pertandingan”.katanya

Haswan Hassan selaku fasilitator memberikan keyakinan DA’E Solution akan memberikan tentangan yang hebat berdasarkan kejayaan yang lalu.

Pengarah Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan UMS, Kamisah Husin sudahpun memberikan suntikan semangat kepada semua peserta agar menjaga nama baik jabatan dan Universiti agar kecemerlangan Universiti sentiasa terjaga semasa di tempat orang.

Katanya, slogan “ Boleh bah kalau kau “ harus diingati yang membawa makna kita orang Sabah. Kalau kita yakin dengan kejayaan pastinya kejayaan boleh diperolehi.

Dalam pertandingan di peringkat Universiti Awam Malaysia, Universiti Malaysia Sabah menghantar dua buah kumpulan iaitu DA’E Solution bahagian Teknikal manakala Kumpulan Diognase akan menyertai bahagian Pengurusan yang diketuai oleh Penolong Pendaftar  Jabatan Pendaftar UMS, Puan Mashilla Nilus.