TEKS UCAPAN

  1. PROFESOR MADYA DR. MURNIZAM HJ HALIK,

PENGARAH

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

 

SEMPENA MAJLIS AMANAT PENGARAH DAN PENGENALAN PEGAWAI-PEGAWAI

UMS KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

 

MINGGU SUAI MESRA UMS KAL

PADA 30 OGOS 2016 (SELASA - 10.00 PAGI)

DEWAN UTAMA, UMSKAL

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

 

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SEHATI SEJIWA

 

TERIMA KASIH SAUDARA / SAUDARI PENGACARA MAJLIS,

 

Y.BERUSAHA PROF. MADYA DR. GEOFFREY HARVEY TANAKINJAL

TIMBALAN PENGARAH UMSKAL, MERANGKAP PENGERUSI MSM SESI 2016/2017

 

Y.BERUSAHA PROF. MADYA DR. AG. ASRI HJ. AG. IBRAHIM

DEKAN FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK

 

Y.BERUSAHA DR. HANUDIN

DEKAN FAKULTI KEWANGAN ANTARABANGSA LABUAN

 

EN. ZAMRI HJ MOHAMMAD TUAH

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN UMSKAL

 

KETUA-KETUA SEKTOR & PUSAT,

 

PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN

 

SAUDARI  MAS ADIBAH ABDUL RAFAR

SETIAUSAHA KEHORMAT, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

 

SAUDARI SHARMILAWATHY A/P PARAMESVARAN

KETUA PENGARAH PEMBIMBING SUAI MESRA SESI 2016/ 2017

 

PARA PENSYARAH, KAKITANGAN UMS-KAL, DAN

 

SISWA SISWI BAHARU YANG DIKASIHI SEKALIAN.

 

 

Selamat Datang saya ucapkan kepada semua siswa siswi baharu, Semester 1 sesi 2016/2017, ke Universiti Malaysia Sabah KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN (UMSKAL).

 

BERSYUKUR KITA KEHADRAT ALLAH S.W.T DENGAN LIMPAH RAHMATNYA, KITA SEMUA DAPAT BERHIMPUN DIPAGI YANG INDAH INI SEMPENA MAJLIS AMANAT DAN PENGENALAN PEGAWAI-PEGAWAI DI UMS KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN.

 

UNTUK PENGETAHUAN SISWA SISWI SEKALIAN, SAYA AMAT GEMBIRA DAN TERUJA MENYAMBUT KEHADIRAN KALIAN KE KAMPUS INI. SAYA AMAT BERSYUKUR KERANA, SISWA DAN SISWI SEKALIAN MEMILIH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN. SYABAS DAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN.

 

SERAMAI 760 ORANG PELAJAR YANG TELAH DITAWARKAN PENGAJIAN DI KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN PADA PENGAMBILAN TAHUN INI BAGI KEDUA-DUA FAKULTI IAITU FAKULTI KEWANGAN ANTARABANGSA LABUAN DAN FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK.

 

 

 

 

SEBAGAI PENGENALAN KEPADA SISWA-SISWI BAHARU, UMSKAL TELAH DITUBUHKAN PADA TAHUN 1999 SEBAGAI KAMPUS CAWANGAN PERTAMA UMS. PADA MASA KINI, JUMLAH KAKITANGAN UMSKAL ADALAH SERAMAI 292 ORANG YANG TERDIRI DARIPADA KAKITANGAN AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK. TERDAPAT TUJUH (7) PROGRAM YANG DITAWARKAN DI KAMPUS INI YANG TERDIRI DARIPDA LIMA (5) PROGRAM DIBAWAH FAKULTI KEWANGAN ANTARABANGSA LABUAN (FKAL) DAN DUA (2) PROGRAM DIBAWAH FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK (FKI) TERMASUK DUA (2) PROGRAM LAGI DI KAMPUS INDUK.

 

SISWA SISWI BAHARU SEKALIAN,

UMS SENTIASA MENDORONG MAHASISWA AGAR BERGIAT AKTIF DALAM PELBAGAI AKTIVITI UNIVERSITI. DI KAMPUS (umskal) INI, PELBAGAI PENCAPAIAN DI PERINGKAT UNIVERSITI, KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA YANG TELAH DIPEROLEHI SEJAK KAMPUS INI DIBUKA.

 

SUKA SAYA MEMAKLUMKAN BAHAWA UMS JUGA DIIKTIRAF SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI ECO CAMPUS, MAKA MARILAH KITA BERSAMA SAMA SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN ALAM SEKITAR DAN KECERIAAAN KAMPUS INI.

 


SEPANJANG MENJALANI PENGAJIAN DI ums-kal, sayangilah Kampus ini seperti anda menyayangi keluarga ANDA dan ANGGAPLAH IA SEPERTI RUMAH SENDIRI.

 

PESANAN SAYA, SEBAGAI SEORANG MAHASISWA ANDA PERLULAH MENJADI INDIVIDU YANG:

 

  • SENTIASA MEMAJUKAN DIRI DAN MENJADI PELAJAR YANG BERINISIATIF,

 

  • PROAKTIF DALAM MERANGSANG AKTIVITI UNIVERSITI DAN MENECERIAKAN KAMPUS ; DAN

 

  • BERSIFAT AKAUNTIBILITI DALAM MENJAGA NAMA BAIK UNIVERSITI (JANGAN HANYA TAHU MENGKRITIK, TETAPI TIDAK KONSTRUKTIF) – AKAN MEMBERI REFLEK KEPADA ANDA PADA MASA HADAPAN (ALAM PEKERJAAN)

 

SAYA INGIN MENGINGATKAN ANDA SEKALIAN BAHAWA, JATIDIRI SEBAGAI SEORANG MAHASISWA PERLULAH DIJAGA DAN TIDAK MUDAH TERPENGARUH SERTA TERIKUT-IKUT DENGAN SEBARANG UNSUR NEGATIF SAMA ADA DARI DALAM DAN LUAR KAMPUS YANG MENGAKIBATKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SISWA-SISWI TERGANGGU.

 

 

 

AMALKANLAH BUDAYA TOLONG-MENOLONG DAN HORMAT-MENGHORMATI SESAMA RAKAN-RAKAN, PARA PEGAWAI DAN MASYARAKAT SEKELILING AGAR ANDA SENTIASA DIPANDANG MULIA SEBAGAI SEORANG MAHASISWA DAN DEMI MENGECAPI KEHARMONIAN & KESEJAHTERAAN DI KAMPUS INI.

 

SISWA SISWI SEKALIAN, PIHAK PENGURUSAN AKAN SEDAYA UPAYA MEMBERIKAN:

  • MAKLUMBALAS (FEEDBACK) YANG TEPAT; SERTA
  • MENDENGAR & MENYELESAIKAN PERMASALAHAN YANG DIHADAPI

 

PEGAWAI-PEGAWAI PENTING YANG ADA DI KAMPUS INI SENTIASA KOMITED DAN BERUSAHA MEMBANTU DALAM PEMBANGUNAN KAMPUS INI.

 

dengan ini, SAYA memPERKENALKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN KETUA BAHAGIAN DI UMSKAL IAITU…….. (RUJUK SLIDE YANG DISEDIAKAN):

  1. MADYA DR. MURNIZAM HJ. HALIK

Pengarah

 

  1. madya dr. geoffrey harvEy tanakinjal

Timbalan pengarah

 

  1. madya dr. ag. asri ag. ibrahim

Dekan, fakulti komputeran dan informatik

 

  1. HANUDIN AMIN

dekan, fakulti kewangan antarabangsa labuan

 

  1. zamri hj. mohammad tuah

timbalan pendaftar kanan, umskal

 

  1. NONA MASNIE BINTI MOHD NISTAH

Pengetua Kolej Kediaman UMSKAL

 

  1. NURUL AIN BINTI ZULHAIMI

penyelaras ppib umskal

 

  1. CIK SHARIFAH BINTI ISMAIL

PENOLONG PENDAFTAR KANAN, FAKULTI komputeran dan informatik

 

  1. NORHANIZAH BINTI ADNAN

Penolong Pendaftar Kanan, fakulti kewangan antarabangsa labuan

 

  1. baharin entoh

ketua SEKTOR perpustakaan

 

  1. mohd. nazir abd. manan

ketua SEKTOR kewangan

 

  1. ismet zulfiqar ahmad shafee

ketua SEKTOR teknologi maklumat dan komunikasi

 

  1. gabriel moinjil

ketua SEKTOR sukan dan rekreasi

 

  1. CIK NUR IMAN REEDZAL

ketua SEKTOR hal ehwal pelajar

 

  1. mohammad asly buncho

ketua SEKTOR PERKHIDMATAN akademik

 

  1. IVAN LASANUL TSEN SAM PAK

KETUA SEKTOR PEMBANGUNAN & PENYELENGGARAAN

 

  1. MAS ADI BIN ALIMIN

ketua pusat kokurikulum dan pemajuan pelajar

 

  1. MOHD. KHAIRUL ISHAM BIN ABDUL LATIFF

ketua SEKSYEN hal ehwal islam dan masjid

 

  1. usamah mat desa

ketua SEKSYEN keselamatan

 

  1. CIK NUR AZELLA AIDA BINTI ZAIHIDA AMIR

KETUA SEKSYEN KLINIK RAWATAN WARGA UMSKAL

 

…………………………………..

 

 

 

SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN SAYA PADA PAGI INI, SEKALI LAGI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SELURUH JAWATANKUASA PELAKSANA MSM SESI 2016/ 2017 YANG TELAH BERUSAHA GIGIH MENJAYAKAN MSM KALI INI.

 

KEPADA SEMUA MAHASISWA BAHARU SEKALIAN, TERUSKANLAH PERJUANGAN ANDA DAN SELAMAT MENEMPUH ALAM PENGAJIAN DAN TEKADKAN LAH SEMANGAT ANDA DEMI MENCAPAI CITA-CITA ANDA SEKALIAN PADA MASA HADAPAN. PENCAPAIAN ANDA PADA HARI INI MERUPAKAN PENENTU KECEMERLANGAN ANDA PADA MASA AKAN DATANG.

 

SEKIAN, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.