Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta 2016 (PEREKA 2016) telah diadakan pada 27-28 September 2016 di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Induk telah disertai oleh 250 penyertaan. PEREKA 2016 bertujuan untuk menggalakkan budaya dan semangat penyelidikan dan pembangunan rekacipta di kalangan penyelidik UMS, sekaligus menjadi platform untuk orang ramai dan industri mengenal pasti teknologi yang berpotensi tinggi. Daripada 250 penyertaan, Leftenan Kolonel (PA) Profesor Madya Dr. Norazah Mohd Suki dari Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) memenangi SATU PINGAT EMAS beserta sijil penghargaan bagi penyelidikan empirikal bertajuk “Young Consumers’ Insights on Brand Equity: Effects of Brand Association, Brand Loyalty, Brand Awareness, and Brand Image”. Penghargaan ini telah disampaikan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah yang diwakili Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi UMS, Assoc. Prof. Dr. Lee Chin Ping. Selain itu, dalam pertandingani ini, Profesor Madya Dr. Norazah turut memenangi DUA PINGAT PERAK. Beliau berkongsi kesemua pencapaian ini dengan penyelidik bersama, Dr. Norbayah Mohd Suki dari Fakulti Komputeran dan Informatik, UMSKAL.