LABUAN - Pada 18 hingga 20 November 2016 di Universiti Malaysia Sabah – Kampus Antarabangsa Labuan, Kelab eSports UMSKAL telah menganjurkan Cyber Games Challenge 2016 (CGC 2016) sempena Tamu Gadang UMSKAL.

Ini merupakan kali kedua Kelab eSports menganjurkan CGC.

Dalam CGC 2016 sebanyak dua permainan telah dipertandingkan, DOTA2 dan FIFA 17.

Untuk pertandingan DOTA2, pasukan Fangay telah muncul Juara dan menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Tempat Kedua telah dimenangi oleh pasukan Rolling Tomato yang menerima hadiah wang tunai RM750.

Tempat Ketiga telah dimenangi oleh pasukan Team Support yang menerima RM500 sebagai hadiah manakala pasukan Team Explosion pula telah mendapat Tempat Keempat dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM250.

Untuk pertandingan FIFA 17, Ong Jia Wei memenangi Tempat Pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai RM200.

Tempat Kedua telah dimenangi Mohd Farisham yang menerima hadiah RM150.

Mohd Luqman Norhakeem telah memperolehi Tempat Ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM100. 

Tempat Keempat telah jatuh kepada Nik Mohd Naqiuddin yang menerima hadiah wang tunai RM50.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Profesor Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim.

Semasa majlis penyampaian hadiah. Dr Zamhar Iswandono Awang Ismail, Penyelaras Program CGC, telah memberi ucapan berkenaan eSports sebagai aktiviti yang semakin popular di kalangan masyarakat.

Katanya, permainan eSports yang popular seperti DOTA2 sebenarnya boleh melatih pemain-pemainnya untuk berfikir, menggunakan strategi dan menyelesaikan masalah.

“Kemahiran ini sebenarnya boleh diaplikasikan dalam pembelajaran berasaskan masalah (problem-based learning),”katanya.

Penganjuran CGC 2016 menunjukkan bahawa terdapat permintaan bagi pertandingan eSports di Labuan dan Sabah secara umum.

Dr Zamhar berharap usaha ini dapat disokong dan dapat dianjurkan pada tahun-tahun seterusnya.

Beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada AJK Penyelaras yang membantu menjayakan program tahunan itu.