LABUAN – Kontinjen Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) muncul juara acara ping pong dan sepak takraw senior di Kejohanan Sukan Staf UMS Ke-16 2017 yang diadakan di Kota Kinabalu pada 7 – 9 April lalu.

Pasukan bola tampar wanita menduduki tempat kedua manakala pasukan lelaki di tempat keempat.

Pasukan larian 8 x 1 kilometer di tempat kelapan manakala pasukan badminton terkandas di peringkat kumpulan.

Pasukan ping pong diketuai pengurus pasukan, Prof Madya Dr Syed Nasirin bersama lima pemain iaitu Malai Zaidee Bakar, Lee Hock Ann, Nicholas Teong Kan Vun, Ruth Sikopit Siganul dan Ooi Ai Yee.

Manakala Mat Rahim Matsin, Ahmiddol Rahman Maslih, Mohd Ibrahim Kudil dan Rayme Musa membarisi pasukan sepak takraw.

Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik berkata kontinjen itu hanya menyertai enam acara iaitu bola tampar lelaki dan wanita, badminton, sepak takraw, ping pong dan larian 8 x 1 kilometer.

Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pemain dan pegawai yang menganggotai kontinjen 1KAL pada tahun ini.

Dr Murnizam tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan kepada Timbalan Pengarah, Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal, Timbalan Pendaftar Kanan, Zamri Mohammad Tuah, Pegawai Belia dan Sukan Kanan, Gabriel Moinjil serta pengurus-pengurus pasukan.

Tamat.