LABUAN - Penyelaras Program Deen Culture Festival 2017 Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Azmi Abdullah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Program Deen Culture Festival 2017, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

Antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, Isra Malaysia, Jabatan Penerangan Labuan, Cheftalk dan Youth Labuan serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali.

Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Deen Culture Festival, UMS Labuan yang telah bersama-sama menjayakan perasmian penutupan program tersebut.

Azmi berkata objektif program ini dijalankan adalah memberikan pemahaman kepada masyarakat mengenai Islam secara menyeluruh serta menyedarkan umat islam dengan isu semasa.

Selain itu, program ini bertujuan untuk mendedahkan masyarakat tentang fiqh dan juga mengeratkan hubungan persaudaraan di Wilayah Persekutuan Labuan khususnya masyarakat kampus.

Azmi berharap program itu mampu untuk memberi manfaat bukan sahaja untuk masyarakat kampus malah masyarakat Labuan secara keseluruhannya.

Beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Pengarah UMS Labuan, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik atas sokongan moral kepada penganjuran program tersebut.

Turut hadir pada majlis penutupan pada 16 April itu itu ialah Pengarah Program Deen Culture Festival, Mazamirrul Drahman dan Timbalan Pengarah, Nuraini Nadirah Shamsuddin.

Tamat.