LABUAN – Penolong Pegawai Perubatan, Klinik Rawatan Warga Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Nor Azeila Aida Zaihida Amir akan berpindah ke Fakulti Pertanian Lestari Sandakan.

Selepas berkhidmat di UMS Labuan sejak 2014, Nor Azeila akan memulakan tugasnya di FPL pada 8 Mei depan.

Timbalan Pendaftar Kanan UMS Labuan, Zamri Mohamad Tuah mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti Nor Azeila yang cemerlang sejak tiga tahun lalu.

Beliau yang mewakili Pengarah UMS Labuan, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik yakin menerusi pengalaman bersama pegawai, pensyarah, kakitangan dan pelajar di UMS Labuan, akan memudahkan Nor Azeila menjalankan tugasnya di Sandakan kelak.

Sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada Azeila, Zamri berharap semua kakitangan akan terus menunjukkan prestasi terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan UMS secara keseluruhannya.

Nor Azeila merupakan pelopor kepada perkhidmatan di Klinik Rawatan Warga UMS Labuan.

Beliau berkata demikian pada majlis penghargaan kepada Nor Azeila di Kesumba Café, Aras 11, Bangunan Menara pada 21 April 2017.

Pada majlis itu, Nor Azeila menyerahkan nota tugasnya kepada Zamri dan menerima cenderamata kenangan daripada Zamri.

Tamat.