LABUAN - Kelab Bahasa Jepun UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan Japanese Culture Week 2017 di Ruang Legar Menara, UMSKAL pada 25 April lalu.

Program yang bermula pukul 10 pagi itu dirasmikan oleh Penolong Pendaftar Sektor Hal Ehwal Pelajar (SHEP), Mohd. Fadzli Sarudi yang mewakili Ketua Sektor HEP, Nur Iman Reedzal.

Turut hadir Penyelaras Program, Mohd. Norizal Jumat, Pengarah Program, Wong Pei Teng, Pemantau, Edric Chiang Kyn Wye (Majlis Perwakilan Pelajar) dan Penasihat, Ivy Foo Jianqian (mantan Pengerusi Japanese Club 2016).

Menurut Pengarah Program, Wong Pei Teng, Japanese Culture Week 2017 diadakan bagi mempelbagaikan aktiviti mahasiswa UMSKAL dan memaparkan ke antarabangsaan yang ada di kampus tersebut.

Katanya, program itu juga memaparkan kepelbagaian budaya Jepun kepada semua warga UMS Labuan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang empat hari program itu diadakan ialah bengkel membuat sushi, kaligrafi, foto booth pakaian Jepun dan pameran kebudayaan Jepun.

Fadzli kemudiannya melawat gerai pameran yang dikendalikan AJK Pelaksana Kelab Bahasa Jepun.

Tamat.