LABUAN - Seramai 66 orang Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (KorSISPA UMSKAL) Semester 2, Semester 4,  dan Semester 6 Sesi Akademik 2 2016/2017 telah berjaya menjalani program Hari Keluarga Dan Malam Kemuncak SISPA UMSKAL yang diadakan pada 30 April 2017 bertempat di Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Labuan.

Program ini dibahagikan kepada dua aktiviti seperti (i) Program Hari Keluarga SISPA UMSKAL, dan (ii) Program Malam Kemuncak SISPA UMSKAL.

Dalam ucapan perasmian penutupan program Hari Keluarga Dan Malam Kemuncak SISPA UMSKAL oleh Pegawai Bersekutu KorSISPA UMSKAL, Yang Setia Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Profesor Madya Dr. Norazah Mohd Suki, beliau ada menyatakan bahawa melalui penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum badan beruniform seperti SISPA, pelajar UMSKAL mampu memperolehi seribu satu pengalaman dan ilmu pengetahuan berkaitan Pertahanan Awam yang berguna untuk dikongsi bersama pelajar lain dan masyarakat sekeliling bagi memperkasakan diri untuk menghadapi arus perubahan dimensi ilmu yang semakin mencabar seterusnya mencapai tahap modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.

Program ini telah mempelbagaikan bilangan program-program di dalam kampus yang berfaedah, serta membina perpaduan dalam universiti. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa program Hari Keluarga Dan Malam Kemuncak SISPA UMSKAL yang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jayanya.

Program ini diberi sokongan penuh oleh PPj Kehormat (PA) Professor Dr. Shahril Bin Yusof (Komandan KorSISPA UMS), dan turut dihadiri oleh YS. Kapt. (PA) Zulfaituri Bin Ramlee (Ketua Jurulatih SISPA UMS Kampus Induk), YS. Lt. (PA) Marinus Bin Mathius (Pembantu Jurulatih SISPA UMSKAL), YS. Lt. (PA) Asby Bin Mohd Anwar, YS. Lt.M (PA) Mohd Firdaus Bin Laungan, YS. Lt.M (PA) Mohd Bakhtiar Bin Yamba, YS. Lt.M (PA) Yuni Suzira Binti Jamus, Korpral Rozaimi Bin Junaidi, Pbt (PA) Mohd Suffian Bin Masrin, SM (PA) Mohd Sukri Usman, Pbt (PA) Awang Azami Bin Kassim, dan Pbt (PA) Kasmah Wati Binti Jahaya.

Tamat.